Thursday, August 13, 2009

bila dah ketentuanNya..

hari ni ada berita sedih.. ustaz Asri Rabani kembali ke rahmatullah..
Innalillah..
itulah ketentuanNya..

~~
teringat aku pada arwah maklang ku, sejak pemergiaannya..aku pasrah dgn ketentuanNya.
ditakdirkan aku sempat melawat dia sehari sebelum pemergiannya.. dia sihat je masa tu.. cuma tindak tanduk agak pelik sikit..
ditakdirkan, aku tiada di sana masa Allah jemput dia kembali..

kalau aku ada, mungkin aku lebih suffer dari sekarang..
sebab aku anak sedara kesayangannya.. dia takde anak..
sedihnyaaa..
itulah ketentuanNya..
Dia tahu apa yang TERBAIK untuk hambaNya..

~~
aku pasrah dengan ketentuanNya lagi sekali saat melahirkan Arif..
tarikh due bersalin 11 julai..
ditakdirkan pada 30 jun, kereta yang aku selalu drive ke ofis rosak sikit..
ditakdirkan suami yang hantar ke ofis hari tu, padahal sepanjang aku mengandung ini kali pertama dia hantar ku ke ofis..
rupanya, hari untuk melahirkan Arif tiba..

kalaulah aku bawa kereta, mungkin satu kesulitan untuk bawa kereta tu balik
sebab aku ke hospital atas bantuan rakan..
itulah ketentuanNya..
Dia tahu apa yang TERBAIK untuk hambaNya..

aku tak sangka anakku tidak lahir pada bulan Julai..
aku pun tanak anakku lahir sebulan dengan seseorang tu (toooott.. emosi sket)
seseorang yang sering buat perasaanku terganggu, dan aku diamkan je (biarlah rahsia..)
hanya berdoa supaya Allah tabahkan hati bila aku terganggu..

rupanya remehnya perasaan terganggu aku tu, Allah dengar ..
lahirnya Arif, membawa bahagia.. lebih bahagia dengan ketenangan yang Allah beri ini
itulah ketentuanNya..
Dia tahu apa yang TERBAIK untuk hambaNya..

** Ya Allah, jangan Kau Bolak-balik kan hati ini selepas Kau beri Hidayah padanya..

0 comments: