jumpa my bestfren lia, masa interview hari tu. |
Dah hampir seminggu saya pergi ke interview itu. Baru hari ni saya ada mood untuk share pengalaman itu. Biasalah, sibuk menguruskan final exam student dan macam-macam hal lain.
HLP stand for Hadiah Latihan Persekutuan a.k.a biasiswa sambung belajar sepenuh masa. Saya rasa baru sahaja apply 2 Jun yang lepas.. terkejut pula bila dipanggil pada 3 minggu selepas itu. Kalau mengikut panggilan sebelum ni, hampir 3 bulan, baru dipanggil intervw. Segalanya adalah adhoc, nasib baik, kak Rafidah (kakak yang dikenali satu Poli satu tika dulu, berpindah ke Kolej Komuniti di perak) ada bagitau melalui FB. Emel pemberitahuan lambat, apatah lagi surat panggilan.
Dipendekkan cerita, saya balik ke rumah ibu saya di Selangor ditemani suami, anak-anak dan mak mertua. Mengambil peluang sehari ini membawa mak mertua berjalan kerumah besannya sekali-sekala. Saya pergi ke Poli Shah Alam (tempat interview) menaiki kereta.. hampir 45 minit dari rumah. Trafik jam agak teruk, memandangkan ia adalah pagi waktu bekerja.
Sebelum interview.
Interview diadakan di perpustakaan. Untuk calon yang mengambil kejuruteraan elektrik, dua bilik disediakan L1 dan L2. calon agak ramai, 13 orang untuk satu bilik. Saya adalah calon ke-5. Alhamdulillah, Allah memberikan satu nikmat tak terhingga kepada saya sebelum interview lagi. Penemuduga saya salah seorangnya adalah saya kenal, kakak pensyarah kanan yang bertugas di jabatan yang sama di POLISAS. Oleh itu, saya tidak berapa gugup walaupun seorang lagi penemuduga masih belum dikenali.
Setiap orang yang keluar dari pintu bilik selepas ditemuduga, saya akan panggil untuk tanya apa soalan-soalan yang ditanya. Kesamaan ketara antara mereka adalah tentang proposal. Mereka akan bertanya lebih tentang proposal yang dicadangkan untuk biasiswa. Lega.
Lega kerana saya sudah agak faham dengan content proposal. Mari saya singkap cerita lama, cuba cerita semangat sambung belajar saya pada 4 Mei yang lepas --> cerita mobile. Sudah hampir setahun sejak saya buat proposal ini, disebabkan niat untuk sambung part time. Tapi tak kesampaian sebab masa. Maka, saya harus memanjangkannya untuk full time study.
Dalam interview.
Kakak yang saya kenali itu, penemuduga pertama meminta saya menceritakan tentang proposal.. Dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Alhamdulillah, saya sudah pun berlatih di rumah, bercakap seorang diri, macam org tak betul pun ada. hehe. Setelah habis saya menceritakan tentang proposal, saya ditanya tentang impact research saya kepada organisasi.
Penemuduga pertama komen research saya mempunyai skop agak luas, perlu diperincikan lagi tajuk proposal saya. Saya setuju dengan komen, nama pun proposal.. pasti ada penambahbaikan dalam projek ini. Bahagian mencabar saya adalah pada penemuduga kedua. Beliau bertanya tentang hal transformasi politeknik yang agak mencabar pengetahuan am saya tentang isu semasa. Fuh! berpeluh untuk saya menjawab walaupun dalam bahasa Melayu. Antara soalannya:
"Apa peranan anda dalam mentransform pelajar politeknik .."
"Apa yang telah anda lakukan dalam kelas bagi mencapai tujuan transformasi.. '
Saya benar-benar merasa soalan-soalan ini adalah satu cabaran, tambahan pula penemuduga pertama adalah seorang yang benar-benar mengenali saya dan tahu latar belakang saya. Ia benar-benar menguji kejujuran saya menjawab soalan.
Hampir 40 minit juga, saya dalam bilik penemuduga. Secara keseluruhannya, saya agak berpuashati, dan mencuba yang terbaik. Hanya doa dan tawakal yang saya mampu lakukan. (mak aih, skemanya ayat.)
Bertemu dengan Lia (my best friend) yang sudah berpindah ke Kuala Terengganu sangatlah best. Dia rakan baik ketika kami sama-sama mendaftar sebagai pensyarah poli. Sama-sama menempuh susah sebagai GSTT. Lia yang meneman saya di rumah ketika suami tiada, dan saya sarat mengandung anak pertama. Rumah lia di kuarters dan rumah kakak nya di balok juga saya jejaki, bila suami tiada di rumah (ketika tu kami masih duduk berjauhan). Rindu pada lia. Sayaaaang sangat kat awak!
oklah. sampai sini cerita tak seberapa. Moga keputusannya menggembirakan. Ameen.
4 comments:
InsyaAllah
Moga berjaya mencapai cita-cita sambung belajar full time.. insyaAllah saya juga nak sambung juga suatu masa nnt..leh korek tips2 dgn awak dulu.kan?
good luck kak ida..
saya pun dah selelsai present proposal saya.. hihih nervous nak tunggu result..
cuti sem pun xrasa cam cuti sem..
:)
Semoga berjaya...sy pn interview jun aritu kat library psa gak....kali pertama apply hope result ok...skrg ni tgh cuak bila result akan diumumkan...
Post a Comment