Saturday, June 23, 2012

Alhamdulillah..


Alhamdulillah.
Wish me luck!

Thursday, June 21, 2012

Saya suka main badminton.

Lihatlah semangat berkursus yang terpancar dari mata masing-masing.

Rakan beregu saya

Akhir-akhir ni, banyak pula sertai kursus yang santai a.k.a non-academic course. Minggu lepas, saya sertai kursus badminton for beginner.

Beginner? hehe. Memang reti main, tapi main gitu-gitu je. Asal bola tu masuk tempat lawan, jadiklah. Tengok badminton match kat TV, siap kutuk-kutuk kalau pihak yang disokong kalah.. Bila dah jejak gelanggang, haa hamek.. sendiri mau hingat, terkedek-kedek mengejar shuttle.

Banyak rules di atas gelanggang yang dipelajari.. terutama giliran serve kalau main beregu. 

Baru perasan, kat rumah tadek raket.. Raket yang ada adalah kepunyaan mak ayah yang belikan masa kecik-kecik dulu. Harus beli satu ni!

Setelah sekian lama tak bersenam, saya sangat puas dengan peluang mengeluarkan keringat ini. Sangat mengujakan!!

p/s; Aim nak wakil jabatan acara single boleh? (pergh!)

New Project VB 2012


sudah sekian lama saya meninggalkan skill memprogram, kini saya kembali mengembalikan nostalgia tidak tidur malam kerana membangunkan program.

Sekarang, tidak lagi tidak boleh tidur malam.. komitmen tinggi dengan keluarga. Tetapi setiap masa terluang saya harus gunakan untuk projek baru saya ni. Saya harus menyiapkannya tidak lebih dari sebulan dari sekarang. 

Projek baru saya adalah membuat sistem pendaftaran kursus yang baru. Sistem sedia ada sudah agak 'berat'. Dan dengan menurut perintah bos baru, saya berusaha untuk cuba siapkan. Saya dah tak berani untuk volunteer membuat apa-apa sistem, sudah mengambil pengajaran atas Sistem E-Amaran yang telah dibuat suka-suka dahulu. Kalau takde arahan, saya hanya menyendiri dan tidak mahu mengganggu mana-mana territory..

Kepala sentiasa berlegar bagaimana untuk menyiapkan sistem ini. Mesin jahit dan bisnes harus diketepikan dulu. Sangat gembira dapat refresh ilmu memprogram.

Saya sendiri terfikir, sempat ke saya siapkan? Saya memegang kata-kata "Allah uji seseorang kerana orang itu mampu melakukannya". 

Saya ada cabaran!

Thursday, June 14, 2012

Resepi Royal Cheese cake

Saya menjumpai resepi Cheese Cake yang sangat menyerupai Secret Recipe punya. Lembut dan mengancam. lembab-lembab gitu.

Yang bestnya resepinya amat mudah. Mudah yang amat. 6 Bahan je..
Tak caya? cuba jenguk sini --> Royal Cheese Cake recipe

Jom layan gambar..

Sebelum bakar

Dah siap bakar.. Yummy

sanggup stop anak makan, semata-mata nak amik gambar

Meh close-up sikit.. Sedap sungguh!

Sila lah cuba. Lepas ni nak cuba letak perisa strawberi atau coklat chip. Best!!

Wednesday, June 13, 2012

Tidur 'ahli Ibadah'.. hehe

Ahli ibadah yang dimaksudkan adalah Abid (maksud nama dia la tu). Semasa kat A famosa, ada 3 tempat utama yang termasuk dalam package.

Waterworld, Cowboy Town dan Safari.

Saya sangat perasan, masuk je tempat 3 ni, dia akan tidur. 

Tido di waterworld (2 jam lebih dia tidur)

di cowboy town (belum start dah tido)

di Safari (tak naik bas lagi, dah tidur)
Exercise lengan lah kami berdua, bergilir mendukung abid sebab tak bawak carrier.

Monday, June 11, 2012

villa kami di a famosa resort

Banyak cerita nak cerita pasal percutian di a famosa. saya ambil part by part. sebab tak pasti bila bleh buat cerita bersiri percutian ni. Almaklumlah, sekarang semakin ada semangat untuk bekerja, dengan potfolio baru.

Cerita awal. tempat tido kami 3 hari 2 malam di a famosa resort. Jom layan gambar.

Ruang depan. Masuk pintu je nampak dapur

Ruang tengok tv yang simple. Ada astro lagi.

Villa ni ada 4 bilik tidur. semua ada aircond. 2 katil besar queen size. 

Ruang depan ada swimming pool yang sederhana besar. Banyak pokok keliling pool, ada privacy sikit.
** atok dan abah mereka test pool.

Belakang umah luas, takde pagar pun.. diorang ni pi main badminton.  Ada ampaian kecil untuk sidai baju

Ini abid dan arif temankan abah mandi.. duk tepi aje lah

Ini pemandangan depan rumah. garaj boleh muat 2 kereta

Malam pun pakat mandi tau!

Sangat puas hati melihat villa kami.. selesa. My mum siap bawa portable stove untuk masak, sebab package kami tak termasuk  makan. Kalau nak order kat sana, sepinggan nasi goreng RM20++.

Gambar dah cukup menceritakan serba sedikit pasal tempat tinggal kami, kalau sempat saya update pasal percutian ye.

bayar ejen tolong kemas rumah.

wah! sudah sangat lama menghilang dalam dunia blog. mahu update sikit-sikit je ni.

sekarang ni, saya sedang menggunakan perkhidmatan mencuci rumah. Dua orang pekerja, 3 jam bekerja. RM60. sekarang ni, adalah dalam setengah jam lagi nak abis waktunya.

setakat ni, sangat berpuashati. tak payah nak tunjuk kemas macamana. diorang dah pandai buat. dari sapu ke vacum, lap dan basuh. memang bukan kepakaran saya bidang mengemas ini. hikhik

Siapa berminat nak ambil juga, area kuantan.. ni details pasal syarikat berdaftar ni.

YS Maid Cleaning Services. (IM 8)
No contact 09-5729169
014-5398460.

waktu operasi Isnin - Ahad (9pg, 2 ptg & 8 mlm)

almaklum, baru lepas balik bercuti di A famosa. rumah pun macam kapal pecah, terbalik.
nak cerita pasal percutian juga. esok-esoklah ye. hehe.

Monday, May 14, 2012

Tido bilik sendiri

Tiba-tiba afiq sangat teruja untuk tido di bilik sendiri. 

"Afiq nak tido bilik ni la malam ni. Ibu tak payah tutup lampu ye." 

"OK"



2 hari lepas, saya ada beli sticker car untuk ditampal kat bilik afiq. Bilik ni dah sedia dicat dengan kaler biru.. dan memang hendak dihias dengan design boy.. untuk hero-hero itu.

Maka sticker a.k.a hiasan pertama berjaya ditampal. Teruja betul afiq sehingga volunteer untuk tido disitu (sblum ni, dia tidur di bilik kami beramai-ramai). Siap ajak arif teman dia sekali.


tetapi yang berlaku pada malamnya berlainan sekali.

Sungguh liat dia untuk tido di bilik itu walaupun adiknya sudah lama lena. Takut kot. Saya pula yang tertidur menantikan dia untuk tido. Akhirnya hampir jam 2 pagi, baru afiq tertidor. 

Tiba-tiba lepas tidurkan mereka, hati sayu. Melihat bilik sendiri kurang 'ahli'. Sedih pula berpisah, walaupun hanya semalaman dan hanya berpisah bilik. Setiap jam saya terbangun, menjenguk mereka. Takut-takut mereka menangis dan saya tak terdengar(jarak antara bilik kami agak jauh)

Mereka dah besar. kenapa cepat sangat. WAA. ::emo::

Tuesday, May 1, 2012

30 minit bersama Ust Don dah 100 episod.



Semalam sempat menonton siaran ke-100 30 minit bersama ustaz Don. Saya bukanlah penonton setia rancangan ini, sangat bersyukur jika saya di'beri' peluang oleh Allah untuk menonton rancangan ini dengan AMAN tanpa ada pertelingkahan berebut channel dengan anak.

Banyak surprises yang Ust Don terima semalam, dirancang oleh penerbitnya. Saya sangat tersentuh apabila kakak ustaz Don menelefon secara kejutan dan memberikan ucapan kepada adiknya, sangat terharu. (erk, dalam keluarga Ust Don, nama panggilan dia adalah Daniyal.. hehe)

Tak mahu mengulas panjang apa yang berlaku dalam rancangan itu, cuma 3 perkara saya begitu berminat untuk kongsi kepada semua..

1. Ustaz Don ni anak kedua, ok! What surprises me is, selalu mereka berkata anak kedua ni nakal lain macam sikit. Tidak perlu menyalahkan kedudukan anak dalam adik-beradiknya jika perangai mereka agak berbeza. Yang penting camne ibu bapa yang mencorakkannya.

2. Ayah Ust Don selalu pesan "Niat pergi belajar adalah kerana Allah".. mari kita contohinya.

3. Ustaz Don adalah seorang hafiz muda yang tiada 'Al-Hafiz' ditambah pada akhir namanya. Mula menghafaz quran setelah tamat SPM.

Sejuk perut ibu mengandung bila tengok anak membesar begini. Saya berdoa agar Allah pelihara anak-anak saya untuk menjadi anak-anak soleh.. biarlah tidak terkenal di kalangan penduduk dunia, tapi terkenal dikalangan penduduk langit. Ameen.

Monday, April 30, 2012

Buat gambar pasport sendiri..

sungguh lama saya membiarkan blog ini tanpa apa-apa entri, nampaknya mood membuat entri baru adalah bermusim.. masa saya sedang syok menambah entri, sampai sehari 2-3 entri saya post pada blog ini. Tapi, bila musim tak berapa nak ada mood, bersawang sungguh.

Afiq sudah menghampiri alam persekolahan. Waa! cepatnya masa berlalu. Sungguh tidak disangka. (dan saya perasan, saya sudah tua.. ngeh ngeh)

Seperti ibu bapa yang lain, eksaited si ibu adalah melebihi anak. Baru memilih sekolah sudah pening. 

Maka, kami berhajat untuk memasukkan Afiq ke sekolah agama swasta di Kuantan.. Tetapi pada masa yang sama, kami telah pun mendaftarkannya ke sekolah kebangsaan biasa. 2 ke 3 bulan menghampiri hari-hari persekolahan, baru hajat nak pilih sekolah mana satu.. hehe  teruk ye?

Borang sekolah afiq memerlukan gambar passport. Berbekal kan kertas photo gloss percuma (sebab beli ink printer), printer inkjet yang kaler dan software Photoscape, saya cuba mencetak gambar sendiri.

Ops, sebelum tu.. gambar harus diambil dulu guna 600D saya. Tiada studio mini pun, cuma ber'alas' kan dinding biru bilik mereka. Nasib tidak ambil gambar penuh, sebab ruang lantai sudah fully occupied dengan barang-barang mereka. (baca: bersepah teramat)

Inilah rupa photo paper itu..

Meng'edit' gambar guna photoscape

Tara.. Perasankah ada orang ASING dalam gambar itu..??


Borang untuk dilengkapkan


Sungguh mudah. Sungguh diakui, semua stok gambar yang diambil semuanya dalam bentuk softcopy, tiada masa dan hati untuk mencetak. Nampaknya, kepala sudah ada projek2 untuk edit gambar bagi dicetak. Mungkinkah jimat duit? hehe

persoalannya, adakah saya ada masa?? hehe..