Thursday, June 21, 2012

New Project VB 2012


sudah sekian lama saya meninggalkan skill memprogram, kini saya kembali mengembalikan nostalgia tidak tidur malam kerana membangunkan program.

Sekarang, tidak lagi tidak boleh tidur malam.. komitmen tinggi dengan keluarga. Tetapi setiap masa terluang saya harus gunakan untuk projek baru saya ni. Saya harus menyiapkannya tidak lebih dari sebulan dari sekarang. 

Projek baru saya adalah membuat sistem pendaftaran kursus yang baru. Sistem sedia ada sudah agak 'berat'. Dan dengan menurut perintah bos baru, saya berusaha untuk cuba siapkan. Saya dah tak berani untuk volunteer membuat apa-apa sistem, sudah mengambil pengajaran atas Sistem E-Amaran yang telah dibuat suka-suka dahulu. Kalau takde arahan, saya hanya menyendiri dan tidak mahu mengganggu mana-mana territory..

Kepala sentiasa berlegar bagaimana untuk menyiapkan sistem ini. Mesin jahit dan bisnes harus diketepikan dulu. Sangat gembira dapat refresh ilmu memprogram.

Saya sendiri terfikir, sempat ke saya siapkan? Saya memegang kata-kata "Allah uji seseorang kerana orang itu mampu melakukannya". 

Saya ada cabaran!

3 comments:

allyna said...

chaiyuk ida, ida mesti boleh.... kan powrpuff girl....akak pun sekarang tgh pulun buat dokumen mqa n dalam masa yang sama buat jadual waktu...huhu

Ida Iar said...

Good Job!!bila la saya nak berguru dgn awak pasal bina sistem ni..

a said...

kak lyn. terima kasih atas kata-kata semangat.. sangat menghargainya. good luck untuk akak juga.

Ida. thanks. saya juga sedang mencari rakan partner untuk brainstorming.. hehe