Tuesday, May 1, 2012
30 minit bersama Ust Don dah 100 episod.
Semalam sempat menonton siaran ke-100 30 minit bersama ustaz Don. Saya bukanlah penonton setia rancangan ini, sangat bersyukur jika saya di'beri' peluang oleh Allah untuk menonton rancangan ini dengan AMAN tanpa ada pertelingkahan berebut channel dengan anak.
Banyak surprises yang Ust Don terima semalam, dirancang oleh penerbitnya. Saya sangat tersentuh apabila kakak ustaz Don menelefon secara kejutan dan memberikan ucapan kepada adiknya, sangat terharu. (erk, dalam keluarga Ust Don, nama panggilan dia adalah Daniyal.. hehe)
Tak mahu mengulas panjang apa yang berlaku dalam rancangan itu, cuma 3 perkara saya begitu berminat untuk kongsi kepada semua..
1. Ustaz Don ni anak kedua, ok! What surprises me is, selalu mereka berkata anak kedua ni nakal lain macam sikit. Tidak perlu menyalahkan kedudukan anak dalam adik-beradiknya jika perangai mereka agak berbeza. Yang penting camne ibu bapa yang mencorakkannya.
2. Ayah Ust Don selalu pesan "Niat pergi belajar adalah kerana Allah".. mari kita contohinya.
3. Ustaz Don adalah seorang hafiz muda yang tiada 'Al-Hafiz' ditambah pada akhir namanya. Mula menghafaz quran setelah tamat SPM.
Sejuk perut ibu mengandung bila tengok anak membesar begini. Saya berdoa agar Allah pelihara anak-anak saya untuk menjadi anak-anak soleh.. biarlah tidak terkenal di kalangan penduduk dunia, tapi terkenal dikalangan penduduk langit. Ameen.
0 comments:
Post a Comment