sebenarnya saya bukan dalam keadaan kecewa..
atau frust
dan membuat status seperti itu..
Tiada sama sekali.. (walaupun pernah berada di situasi itu..)
Saya sedang dalam mood motivasi.
bersama Dr Muhaya ..
mendengar semula kata-kata motivasi berkaitan CELIK MINDA PEKERJA.(download dari Ikimfm)
sebab akhir-akhir ni, sungguh terasa malas..
tak tahu kenapa..
maka
ubatnya adalah audio-audio itu.
banyak betul memberi peringatan terhadap saya yang sering alpa di office
tidak menggunakan masa sebaiknya
dan
kadang-kadang mengambil masa berjual-beli
sesama rakan ofis (kadang-kadang ke selalu?? haha)
saya juga sering merungut apabila melihat orang lain yang saya anggap kurang memberi komitmen di ofis, tapi mendapat lebih perhatian dari bos.. atau mendapat lebih elaun, anugerah, jawatan dan sebagainya..
haha
macamlah saya ni baik sangat kan..
korang pun pernah rasa juga kan..
gaji tak naik seberapa, kerja bertambah-tambah..
Dr Muhaya bercerita tentang ada seorang pekerja yang mempunyai bos yang gajinya berpuluh ribu
tapi akhir bulan akan pinjam RM50 daripadanya.
Apa yang penting adalah keberkatan.
Ada orang gaji banyak, tapi tak tahu hilang ke mana.
Ada orang gaji sikit, tanggungan ramai, tapi sentiasa cukup.
Betul kata Dr Muhaya.
Rezeki banyak bentuk.. bukan setakat duit.
Bahagia juga rezki, anak yang sihat juga rezeki.
Percayalah. Kalau orang yang bekerja dengan amanah dan jujur, hasilnya akan mendapat anak yang berjaya dan baik.
Apapun.
Semua ini adalah nasihat dan makanan rohani untuk saya.
Sama-sama kita ingat memperingati sesama kita.
Thursday, March 22, 2012
Tuesday, March 20, 2012
Camne nak ubati?
Lihat!
Saya sudah berjaya step pertama linkkan Dreamweaver ngan laman web
saya. Huh! Best.
Intro lari dengan tajuk. Hehe. Saya sedang dalam mood membina web,
mencipta sistem. Apabila saya dalam mood ini, apapun rintangan saya tabah dan
akan cuba siapkan dengan jayanya. Tapi... (belum abis ayat lagi..) saya punya
penyakit.
Penyakit HHTA.
Hangat-hangat Tahi Ayam (penyakit kah itu..?)
Saya suka anggap ia cabaran. Ya. Walaupun nampak macam remeh,
tetapi sejak dua menjak ini saya sedar ia telah memberi impak kurang baik
kepada kerjaya. Jadi, saya perlukan solusi.
Cabaran ini memang sudah lama ada dalam diri. Ibu saya sudah masak
dengan perangai saya. Apabila saya hendak sesuatu, masa tu jugak saya nak.
Menangis, menghentak, memaksa dan menggesa ibu saya untuk dapatkan sesuatu. Ibu
saya selalu pesan.. "Ala.. ni kejap je suka. Lama-lama sikit, tak buat
dah". Hasilnya, pembaziran yang berlaku.
Bila dah dewasa, saya sedar saya harus mengatasinya dengan baik.
Sebab itu, bila saya ingin beli sesuatu yang baru, saya akan HOLD diri sendiri
untuk beberapa lama sedikit. Sehari. Dua Hari. Lama-lama, saya sedar ia bukan
kehendak, tapi hanya keperluan yang selalunya tak perlu.
Kini, saya sudah kurang menjenguk mesin jahit.. lebih-lebih lagi
lepas balik dari kursus. Kursus saya berkait dengan INOVASI. dan kepala saya
sudah 'gatal' untuk menambah kerja. Membuat sistem dan inovasi baru. P&P
yang lebih penting, kadang-kadang terabai. Bagaimana ye?
Salah satu solusi yang saya pernah guna.. Membuat perancangan
berfasa, jangka pendek dan jangka panjang. Membahagikan tugas besar dan lama
kepada tugas-tugas kecil yang singkat. Agak berjaya, namun masih perlu
diperbaiki.
Ada cadangan lain?thanks in advance..
p/s gembira kerana berjaya mulakan 'projek' baru sampai
termimpi-mimpi membuat programm..
Monday, March 19, 2012
Mahu gembira sahaja..
These two pictures mean something to me.. suasana biasa bila sudah ada anak 3. Makanan sepatutnya di pinggan, tiada tempat khas. Bawah meja, celah kerusi dalam mainan, atas katil. Hebat. Ada di mana-mana. Tak perlu petik jari, 10 datang.. Kelip mata pun dah cukup.
Ya. Sekelip mata, ia sudah ada di mana-mana.
Keluhan kah ini? Mungkin ya.. mungkin tidak. Sememangnya semua ibu hebat pasti merasai nikmat ini. Ya. Inilah nikmat apabila ada anak peneman setia, talian hayat pahala bila tiada nanti. Saya mahu gembira sahaja dengan mereka. Telatah dan gelagat mereka menjadi hiburan, walaupun terpaksa berulang-ulang membersihkan ruang dan semua tempat yang mereka jejak.
Saya sudah putuskan untuk tidak sambung belajar part-time dan akan menunggu ada peluang full-time nanti. Keputusan yg berat. Sambung belajar ada cita-cita saya, tapi mereka 3A adalah nyawa. Masa setahun hingga 6 tahun ini, adalah seperti tidak ternilai.. Sekali saya abaikan mereka dalam usia ini, saya tidak boleh kembali. Dan hasilnya akan kekal sehingga bila-bila.
Saya tidak rasa ia pengorbanan, ia adalah Perjuangan! Berjuang utk mencorak mereka, Berjuang dengan Redho. Berjuang dengan Sabar.
Ya. Saya mahu berjuang dengan gembira.. mahu gembira sahaja ..sebab saya sudah ada semua.
Sunday, March 18, 2012
makan-makan sempena gi umrah
Alhamdulillah, Allah bagi nikmat lagi untuk meneruskan hidup hari ini.
Weekend yang lepas, kami balik ke sungai buloh, meraikan ibu ayah dan adik yang akan berlepas ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah minggu depan. Jadi kami pun buat sedikit makan-makan, jemput ahlli keluarga terdekat sahaja.
| Tudung biru = makteh (adik kepada ibu). Afiq dan sepupunya bersama-sama membaca doa |
| budak tanak duduk diam |
| dari kiri = ayah, pakteh, abang dan mimi (ops, dan abid) |
| my mum |
| masa ni tak ramai yang datang lagi, on the way |
| sebahagian makanan, tempah aje.. tak sempat nak masak dengan si kecik-kecik berderet |
| Sepupu terbaru.. Nur Zahirah (nama permaisuri tuu..) |
| 'permaisuri' dan ibunya.. masih dalam pantang |
Seperti biasa, Afiq dan adik-adiknya sangat gembira bertemu sepupu-sepupunya. Mak aih, letih sungguh. Meriah dan sangat bz. Sang ibu bertukar-tukar mengambil giliran menjaga askar-askar itu. Abid ada tempat kegemaran, iaitu TANGGA. My mom house double storey, jadi abid sangat suka bersenam naik tangga tapi tak pandai turun. Huh. kurus ibu dia mengejarnya.
| Yeay. Dah sampai atas....! |
Nenek mereka juga yang tak menang tangan dibuatnya. Cucu-cucu dah 10, Dua aje yang heroin.. yang lain HERO.. Wah, tak sempat nak kemas rumah nenek ni. sempot. hehe
| meriah tak? habis, tak de rupa katil |
| Tak kurang Heronya! |
I really enjoy balik ke kampungku. iyelah.. jarang-jarang balik. Seronok betul!
Semoga ibu, ayah dan ayie (adik) selamat pergi nak kembali.. Doakan alang dan ahli keluarga yang lain sentiasa diredhoi, bahagia dibawah lindungan Allah. Ameen.
Semoga ibu, ayah dan ayie (adik) selamat pergi nak kembali.. Doakan alang dan ahli keluarga yang lain sentiasa diredhoi, bahagia dibawah lindungan Allah. Ameen.
Friday, March 16, 2012
my passion..
![]() |
| my 'pearls' |
Sebelum reveal pasal buku tentang quilt, ini saya nak reveal buku-buku teknikal saya yang sungguh-sungguh menggugat fokus saya dalam membuat P&P (pengajaran dan pembelajaran)
Tebal-tebal belaka kan..? dan inilah peluang yang paling berharga untuk grab-grab buku-buku idaman dengan harga sangaat murah.
Oleh kerana mengejar masa, buku-buku ini tidak sempat ditinjau teliti isinya sebelum dibeli. Maka, selepas membelek secara rileks di ofis, saya bersyukur ia masih memberi kepuasan untuk saya berkarya versi komputer walau ada sedikit yg kecewa.
Sejak ada askar-askar kecil di rumah, saya sudah lama meninggalkan hobi ini. Dan kini, saya sudah ada satu Carta Perbatuan untuk menyiapkan satu projek SISTEM ONLINE lagi untuk tahun ini (semangat naik pangkat kot..) hehe. Insya Allah.
Semua buku di dalam gambar menjadi faveret saya kecuali Visual Basic [dot] net itu, kerana ia banyak ayat teknikal yang sukar difahami berbanding yang lain.
Buku Photoshop itu sudah sangat buruk, tetapi saya tetap grab ia, kerana saya pernah berkarya dengan buku yang sama di perpustakaan UPSI ketika sambung blajar DPLI, menghabiskan masa kerana berjauhan dengan anak dan suami. Rindu sungguh dgn buku ini, dan akhirnya dimiliki.
Suka!
OKlah.. nak balik ke rumah dan bersiap untuk ke KL. Ibu Ayah dan family, I'm coming back!
Suka!
OKlah.. nak balik ke rumah dan bersiap untuk ke KL. Ibu Ayah dan family, I'm coming back!
Thursday, March 15, 2012
Apa yang kita lihat
Saya sering sahaja mengeluh..
- Saya ada 3 anak yang sangat aktif, rumah sentiasa bersepah
- Tak cukup tido
- Suami kurang membantu
- Rumah besar sangat, susah nak kemas
- Kerja ofis banyak, sampai kena bawak balik rumah
- Takde masa untuk diri sendiri, buat apa yang disukai..
sehingga satu hari, saya sedar dengan kata-kata ini saya kurang bersyukur..
Melihat apa yang tiada, dari yang ada..
Dan saya ingin menjadi insan bersyukur..
Ya, saya sudah cuba. Melihat yang ada dari yang tiada.. Melihat setiap nikmat dan rezeki itu suatu yang harus disyukuri.
Hasilnya, saya lebih tenang dan bersungguh dalam menjalani kehidupan harian. Mengapa masih mensia-siakan kehidupan seharian kita jika kita telah diberi SEMUA benda..?
Alhamdulillah. Jom lihat apa yang Ada dari yang TIADA..
Wednesday, March 14, 2012
promote blog jual tudung..
sejak dua menjak ni, saya sangat malas untuk berbisnes. Lebih-lebih lagi secara online. Banyak proses yang perlu dibuat sebelum menjual.
beli stok - ambil gambar - touch-up gambar - upload - pantau email.
Fuh. walau sudah biasa dengan amalan itu, mood untuk menjual sedikit kurang. Bukannya takde stok. Ada! tapi banyak betul rintangan bila nak ambil gambar dan kemaskini blog. Terutama bila semua itu harus dilakukan bila semua Askar itu belum tido.
Maka.
Saya hanya sempat untuk mem'promote' rakan-rakan punya blogshop.
This is my sister-in-law Blogshop.. AS Kouture. Khas untuk peminat Tudung bawal. (sila klik gambar untuk ke blog)
dan my Best Friend's Blogshop -- Galeri Solehah. (sila klik gambar untuk ke blog)
jom cuci mata, window shopping.. mana tahu ada yang berkenan.
first time saya upload video di Youtube
minta maaf la sebab post saya berkisar pada menjahit. hehe. nampak sungguh obsess saya ini.
Inilah video youtube pertama saya upload di akaun saya. Sungguh berbangga ada video sendiri walaupun tutorial yang diberi adalah dari orang lain.
Tutorial ini adalah untuk membuat pyramid pouch saya. SEE! walau sudah berkurun saya membikinnya, baru hendak bercerita mengenainya.
Kak Edina yang memberi tutorial ini adalah rupanya tinggal berhampiran dengan rumah saya. Saya mengenalinya dari group menjahit di FB. Maka, kami bertiga membuat perancangan ke rumahnya, dan kak ena dengan volunteer mengajar kami buat pyramid pouch.. dengan cara simple dan mudah faham.
dan ini tidak akan jadi video terakhir di upload. saya mahu tanam lagi saham akhirat saya, InsyaAllah. Moga dengan adalah onlline tutorial ini, ia akan menjadi amal jariah 'tidak putus' bila saya sudah tiada lagi di dunia ini nanti.
Tuesday, March 13, 2012
tenggelam dengan buku..
sungguh malas untuk mengupdate blog sejak dua menjak ini.
sebagai motivasi untuk menjadi tatapan rakan-rakan blogger yang terdekat (dan jauh), saya masih ada di sini untuk berkongsi pengalaman.
pengalaman semalan sangat mengujakan saya. ada satu bookfair di zenith hotel oleh MPH. dan banyak sangat buku yang boleh dipilih. Buku budak-budak, majalah, buku agama. semua best-best.
saya sudah mendengar pengalaman beberapa rakan yang pergi ke sana sebelum saya menjejak kaki ke sana. Majoriti kata banyak betul buku.. CUMA tak banyak buku engineering untuk rujukan. Takpelah, yang penting buku-buku lain ada.
Sememangnya rambang mata nak pilih buku. Rezeki saya yang datang semalam, ada HAPPY HOUR. Happy sungguh rasanya. sebab Happy Hour ni dia 'up' kan discount sampai 90% tuuu. Ambil buku sampai RM1500++ , tapi bayar cuma RM150 je. Bahagia dan saaaangat HAPPY.
sebagai motivasi untuk menjadi tatapan rakan-rakan blogger yang terdekat (dan jauh), saya masih ada di sini untuk berkongsi pengalaman.
pengalaman semalan sangat mengujakan saya. ada satu bookfair di zenith hotel oleh MPH. dan banyak sangat buku yang boleh dipilih. Buku budak-budak, majalah, buku agama. semua best-best.
saya sudah mendengar pengalaman beberapa rakan yang pergi ke sana sebelum saya menjejak kaki ke sana. Majoriti kata banyak betul buku.. CUMA tak banyak buku engineering untuk rujukan. Takpelah, yang penting buku-buku lain ada.
Sememangnya rambang mata nak pilih buku. Rezeki saya yang datang semalam, ada HAPPY HOUR. Happy sungguh rasanya. sebab Happy Hour ni dia 'up' kan discount sampai 90% tuuu. Ambil buku sampai RM1500++ , tapi bayar cuma RM150 je. Bahagia dan saaaangat HAPPY.
![]() |
| 90% discount for all these books. RM150 je. |
My husband sudah addicted untuk membeli buku. mungkin rak buku masih kosong lagi. setiap hari, dia akan mengangkut afiq untuk membelek buku kat sana. Mentang-mentanglah cuti sekolah. bestnya..
esok-esok nak buat entry pasal buku sewing. Acu cari berapa buku sewing dan quilt yang telah 'dikebas'?? bila plak nak try ye?
esok-esok nak buat entry pasal buku sewing. Acu cari berapa buku sewing dan quilt yang telah 'dikebas'?? bila plak nak try ye?





