Alhamdulillah, Allah bagi nikmat lagi untuk meneruskan hidup hari ini.
Weekend yang lepas, kami balik ke sungai buloh, meraikan ibu ayah dan adik yang akan berlepas ke Tanah Suci untuk mengerjakan umrah minggu depan. Jadi kami pun buat sedikit makan-makan, jemput ahlli keluarga terdekat sahaja.
|
Tudung biru = makteh (adik kepada ibu). Afiq dan sepupunya bersama-sama membaca doa |
|
budak tanak duduk diam |
|
dari kiri = ayah, pakteh, abang dan mimi (ops, dan abid) |
|
my mum |
|
masa ni tak ramai yang datang lagi, on the way |
|
sebahagian makanan, tempah aje.. tak sempat nak masak dengan si kecik-kecik berderet |
|
Sepupu terbaru.. Nur Zahirah (nama permaisuri tuu..) |
|
'permaisuri' dan ibunya.. masih dalam pantang |
Sebenarnya, ramai sungguh yang datang. Makcik dari banting, sepupu-sepupu. Sedara-mara juga ada yang datang. Oleh kerana, sangat bz melayan si kecik Abid, tak tersnap gambar di majlis kecil-kecilan itu.
Seperti biasa, Afiq dan adik-adiknya sangat gembira bertemu sepupu-sepupunya. Mak aih, letih sungguh. Meriah dan sangat bz. Sang ibu bertukar-tukar mengambil giliran menjaga askar-askar itu. Abid ada tempat kegemaran, iaitu TANGGA. My mom house double storey, jadi abid sangat suka bersenam naik tangga tapi tak pandai turun. Huh. kurus ibu dia mengejarnya.
|
Yeay. Dah sampai atas....! |
Nenek mereka juga yang tak menang tangan dibuatnya. Cucu-cucu dah 10, Dua aje yang heroin.. yang lain HERO.. Wah, tak sempat nak kemas rumah nenek ni. sempot. hehe
|
meriah tak? habis, tak de rupa katil |
|
Tak kurang Heronya! |
I really enjoy balik ke kampungku. iyelah.. jarang-jarang balik. Seronok betul!
Semoga ibu, ayah dan ayie (adik) selamat pergi nak kembali.. Doakan alang dan ahli keluarga yang lain sentiasa diredhoi, bahagia dibawah lindungan Allah. Ameen.
2 comments:
ce cakap sape tak njoy blik kg sendirik..comelnya mak k.ida
enjoy lebih sebab jarang balik.. hehe
comel ek? hehe. genetik kurus menyebabkan akak dan adik-beradik lain masih keding sehingga sudah anak 3..
Post a Comment