Monday, March 19, 2012

Mahu gembira sahaja..



These two pictures mean something to me.. suasana biasa bila sudah ada anak 3. Makanan sepatutnya di pinggan, tiada tempat khas. Bawah meja, celah kerusi dalam mainan, atas katil. Hebat. Ada di mana-mana. Tak perlu petik jari, 10 datang.. Kelip mata pun dah cukup.

Ya. Sekelip mata, ia sudah ada di mana-mana.

Keluhan kah ini? Mungkin ya.. mungkin tidak. Sememangnya semua ibu hebat pasti merasai nikmat ini. Ya. Inilah nikmat apabila ada anak peneman setia, talian hayat pahala bila tiada nanti. Saya mahu gembira sahaja dengan mereka. Telatah dan gelagat mereka menjadi hiburan, walaupun terpaksa berulang-ulang membersihkan ruang dan semua tempat yang mereka jejak.

Saya sudah putuskan untuk tidak sambung belajar part-time dan akan menunggu ada peluang full-time nanti. Keputusan yg berat. Sambung belajar ada cita-cita saya, tapi mereka 3A adalah nyawa. Masa setahun hingga 6 tahun ini, adalah seperti tidak ternilai.. Sekali saya abaikan mereka dalam usia ini, saya tidak boleh kembali. Dan hasilnya akan kekal sehingga bila-bila.

Saya tidak rasa ia pengorbanan, ia adalah Perjuangan! Berjuang utk mencorak mereka, Berjuang dengan Redho. Berjuang dengan Sabar.

Ya. Saya mahu berjuang dengan gembira.. mahu gembira sahaja ..sebab saya sudah ada semua.

0 comments: