Monday, January 3, 2011

first day at school


hari ni afiq ke sekolah. Semangat dia dgn baju baru, beg baru. quite happy to see his eagernes.

masa aku antar dia, tak ramai lg budak yg dtg.. afiq nampak nervous. Masa tu rasa mcm sebak, kelaka je. Patutnya afiq yg nak nangis, ini ibu dia yg lebih2. Bila teacher dia dah ajak masuk bilik..aku pun ingat nak balik je. Pastu, bila paling..dia ada kembali ke pintu tadika. Aku lambai. Nak dekat berapa kali, aku lambai.. Rasa tak sanggup nk tinggalkan..

Bila kat ofis, asyik teringat dia. 2,3 kali call abah dia..remind jgn lupa amik dia..jgn amik lambat sgt. Last2, abah dia sesat..lambat amik.

Sampai kat umah, aku tanya mcm2.. First day experience kat school. He OK je, tapi tak delah beria nak bercerita pasal sekolah baru..

Malam ni, dia tido awal. Penat koT. Tapi asyik ngigau, nangis. Dah nak dkt 1pg, dia bangun minta susu..dan ckp..
"ibu, afiq tanak gi school.afiq nak cuti je"
Something to be wonder.. Apa jadi kat sekolah tadi..nak tanya lebih2, dia tgh mamai.. Then, dia tido balik.

Maybe,he needs time to get used. Patutla, masa aku tanya macam2 tadi, dia jawab "tak tahula.. Tak tahula.." tak berapa gembira. At least dia tak nangis.

As a mom, bagaimana aku harus manjalankan peranan..? aku sedar dia manja lebih sket, jauh banding aku yg lasak..sangat proper, kemas dan teliti as his father. Exactly.

Apapun, tgokla esok..dan hari akan dtg.. he will be better.

Sunday, January 2, 2011

esok,afiq ke tadika baru



A simple update, guna handfon je..malas nk online guna laptop.
Esok, hari pertama afiq ke tadika. Wah! Dah besar anak bujangku.

Gambar kat atas tu, arif dan afiq try songkok dan kopiah baru. beg baru afiq pun dah siap try. arif asyik nangis berebut beg baru abangnya,lain kali kena beli dua.

stat esok, aku masuk keje 8.30 pagi..balik 5.30 ptg. Tak nak bersesak2 menghantar anak..sebelum ni, hantar anak satu destinasi..lepas ni 2 destinasi.. Afiq ke tadika barunya.. Adik (dan bakal adiknya dlm perut) arif, akan ke nursery biasa.

bakal menghadapi situasi baru..wah.. Sangat teruja,. Moga Allah permudahkan segala urusan. Ameen.

Friday, December 31, 2010

salam 2011

percaya atau tak, sekejap je masa berlalu. Dah 2011 rupanya. Anyway, welcome to another new year.

Sejak dua menjak ni, kemalasan mengupdate blog semakin menjadi-jadi. Malas teramat.. Tapi blog bisnes rajin plak nak diupdate. Hehe.

Ramai yg tanya.. Apa azam tahun baru? Hm.. masa baca facebook's status kengkawan.. dapat satu azam yg memang dari taun 2009 nak buat atau pun dari Arif lahir hari tu..

  • nak breastfeed exclusively kat bakal adik Arif ni.

hari tu tak dapat nak breastfeed lama sebab kena berkursus masa arif 10 bulan. so, untuk merealisasikan impian ini, aku dah memperkemaskan peralatan untuk breastfeed:

  • beli beg baru untuk breastpump.. siap ngan storage part utk cooling
  • beli double pumping untuk spectra 3 tu..

harap-harap Allah permudahkan.

and the best part is.. aku akan amik cuti 3 bulan walaupun impian ada anak sekurang-kurangnya 5 orang.. tapi husband siap cakap awal2..
"plan nak cuti tiga bulan.. kot2 dah 2 bulan, boring dah duk umah.."

hehe, husband pun dah kenal istri jenis 'kaki kerja'.. apapun, bos is already being informed!!

azam ke-2..

Nak sambung blaja FULL TIME. sementara anak ada 3.. 3 LELAKI. (fuh). dan sebelum menambah lagi.sekarang, dah kena fikir siap2 nak buat proposal apa, sambung kat mana..

apapun, itu ketentuan Tuhan. Kita merancang, Allah jua ada perancangan TERBAIK untuk setiap hambaNya. Adakah perancangan kita selari dengan perancanganNya..?

Sunday, November 14, 2010

hampir 3 bulan tidak update..

sudah bersarang blog ni..

tak terasa nak update blog. sudah jadi bisneswoman sekarang. wohaa.

di http://muslimahku-store.blogspot.com (sempat lg tu..)

pasal BISNES.
- semakin aku bz dengan bisnes sbb semakin TENSION dengan kerja. macam2 hal.
- aku sudah semakin mahir dengan selok belok menjual. camne nak letak harga, camne nak deal ngan customer..
- nampaknya boleh berhenti keje (ayat org sedang tension..)

pasal KANDUNGAN
- jeng..jeng.. i am becoming of 3 SONS.. that's mean result scan menyatakan, kandunganku adalah BOY. (huh, cannot be imagined.. dua HERO ni pun sudah sangat 'mengujakan'..)
- the best thing is.. tak sabar nak baby keluar, sbb ibu NAK CUTI 3 BULAN.. haha! (thanks to gov).

p/s: cannot believe aku akan update blog.. (boleh ke buat ayat camtu..)

Monday, August 30, 2010

sempena bezday afiq..

**OUTING DENGAN AFIQ**

First of all, salam merdeka pada semua. moga kita dapat sama-sama menghayati erti merdeka dalam aspek apa pun.. mengikut tafsiran masing-masing. MERDEKA!

setiap tahun aku tidak akan melupakan tarikh ini(semua orang pun..) tapi specialnya, a day before adalah my son's bezday. 4 tahun lepas, setelah 9 jam di labour room..aku melahirkan seorang putera comel nama Muhammad Afiq.. di Hospital Kuantan.

so, sempena tarikh ni aku plan nak bawa dia gi jejalan shopping complex.. belikan present.. especially buku.. awal2 lagi aku dah pesan, kita akan ke bookstore.. (menerapkan sifat suka membaca dari kecik..harap2 berpanjangan..)

kat bookstore dia kata nak beli colour, so aku ckp..

si ibu: afiq beli yang kecik aje ye, afiq kan dah ada colour kat rumah..

si anak: afiq kan dah 'big', kenala beli colour yang BIG..
(ok, anakku sudah pandai berkata2..terimakah hakikat..)


anyway, aku belikan juga apa yang dia nak. sticker book ultraman, mickey mouse colouring book, pencil colour BIG dan frozen nugget.

letih juga aku berjalan.. dengan berbadan dua ni.. tak sampai 2 jam, dah keletihan.. balik rumah pun, dapat masak satu lauk je, yang lain beli kat kedai.. tak larat.. tak larat..

**ROTI JALA **
A day before bezday afiq, aku ngidam makan roti jala.. nak yang buat sendiri. so 'google' internet cari resepi, jumpa resepi kat sini -->http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/01/roti-kirai-roti-jala.html

sanggup minta abahnya jaga anak kejap untuk ke kedai beli tempat tebar roti jala. kari ayam dah siap masak awal2.. tapi, sampai berbuka posa.. tebar roti jala tak jadi..

wa.. rasa sedih.. melekat aje kat kuali. pastu try campur 1 biji telur.. tebar lagi.. Baru JADI.
apa lagi, berbuka puasa dengan roti jala aje.. rupanya anak-anak pun sangat suka... esok paginya pun, buat breakfast untuk anak, roti jala lagi.. best..best..

resepi Roti Jala (copy-paste dari tiffinbiru, tq!)

Bahan-Bahannya:-
2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan ayak)
4 camca besar santan atau susu cair
1/3 camca teh garam
2 1/2 cawan air
2 camca besar minyak masak
Sedikit pewarna kuning
Minyak untuk menggris kuali

Cara membuatnya:-
  1. Satukan semua bahan2 diatas dan kacau dengan wisk hingga sebati. Tapis adunan dan ketepikan. Biar adunan rehat 20 minit. Atau boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati. Jika adunan kelihatan pekat, tambah sedikit lagi air.
  2. Dalam kuali leper (frying pan), lenser sedikit minyak pada kuali dan biar panas. Ceduk adunan tadi ke dalam alat membuat roti jala dan kirai secara pusingan ke dalam kuali dan pastikan jaluran terbentuk bersambung antara satu sama lain.
  3. Bila roti jala kelihatan pucat. Lipat dua menggunakan sudip dan alihkan ke pinggan, lipat ikut kreativiti masing. Ulang proses yang sama untuk selanjutnya dan buat hingga habis. Hidangkan bersama kuah kari atau dalca.
**aku tambah sebiji telur..

p/s hari ni terajin sikit, post entry panjang sket..

Sunday, August 29, 2010

keajaiban..

"abah, afiq nak potong rambut macam adik"

ha! maybe malam tadi malam lailatul qadar,, hehe. keajaiban yang tak terjangkau di fikiran akan diluahkan oleh abanglong afiq..

abahnya juga terkejut.. at the same time, gembira.. selama ni kalau nk potong rambut mesti 'berperang' dgn afiq... siap potong dalam bilik air.. geli rambut yang dipotong jatuh pada badan

so, kali ni.. dengan suka hati afiq merelakan abahnya memotong rambutnya..Alhamdulillah
afiq posing dengan adik, sebelum rambut dipotong..

seriusnya abah..

tara.. afiq dah hensem

afiq dah jadi abanglong.. (gambar diambil beberapa hari lepas)

dah nak masuk 4 tahun esok.. Happy besday my son in advance !!

ibu sayang afiq..

Tuesday, August 24, 2010

Camne Ramadan kita..

Amacam amalan setelah separuh bulan ramadan? Huh, aku jua mengeluh dgn amalan tak seberapa.. Alquran jua baru sampai juzuk 4. Kena tingkatkan prestasi ni.
ada sorang ustaz membuat analogi.. Ramadan ni ada 3 fasa.. Seolah2 main bola sepak. Sepertiga awal ramai bersemangat beribadah.. Sebab itu pusingan kelayakan.. Biasala ramai org..
Sepertiga pertengahan.. Dah masuk separuh akhir.. Saf terawikh pun dan 'maju' ke depan..Sepertiga terakhir pusingan FINAL. Memangla tak ramai org solat jemaah di masjid.. sebab hanya org terpilih sahaja.. Moga2 aku tergolong2 orang2 yang BERUNTUNG..

Mari sama2 menghidupkan Ramadan, LailatulQadar menunggu..

Monday, August 23, 2010

tolong menolong..

alkisah di pagi hari aku teruja untuk post entry baru

Tolong-Menolong..

ceritanya pasal roadblock di pagi hari.. betul-betul kat entrance poli masa aku nak dtg keje. sasaran student naik motor. apala mimpi polis nak buat roadblock pagi-pagi sangat ni..

yang mengujakan adalah gelagat mereka. cuak tahap tertinggi. ada yang dah siap2 berhenti tepi jalan awal-awal lagi dan ada yang u-turn. (alamat tak ke kelas la budak-budak tu)..

apapun, majoritinya ramai yang sibuk dengan tepon..(tepon kengkawan nak warning ada polis).. itulah sikap Tolong Menolong..

dan para pensyarah berkata "Ramaila budak tak datang kelas pagi ni"..

p/s-tolong-menolong amalan mulia..(yang lebih penting..dalam perkara apa..)

oat prawns


men'interprem' resepi lagi. resepi yang marbeles. sedap.. kena cuba tau. senang aje..

sumber:http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/01/oat-prawns.html

Bahan-Bahannya :-)
500 g udang sederhana, besar, kupas kulit dan cuci bersih, toskan
1 biji telur*
1/2 camca teh garam*
1 camca teh serbuk lada hitam*(*disatukan dan kacau hingga rata)
3/4 cawan tepung beras
Oats secukupnya (kurang lebih 1 1/2 cawan)

Bahan Sos Marmalade :-)
2 camca besar Marmalade
2 camca besar sos cili
1 camca teh kicap cair
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 biji cili padi merah, cincang halus
1 camca teh cuka makan
2 camca besar air suam

Cara membuatnya :-)
  1. UNTUK UDANG OATS :-) Udang yg telah ditoskan tadi disalut dengan tepung, kemudian telur dan akhir sekali golekkan dengan oats hingga menyaluti keseluruhan udang. Bua sampau habis. Goreng dalam minyak panas hingga kuning keemasan, jangan goreng banyak2, cukup 10 - 12 ekor sekali goreng. Angkat toskan minyak dan letak atas paper towel. Buat hingga siap dan hidangkan bersama sos marmalade.
  2. UNTUK SOS MARMALADE :-) Satukan semua bahan2 sos dan kacau hingga rata dan sebati. Rasa dan jika ok boleh dihidangkan bersama udang tadi. Jika tak de marmalade, boleh juga guna jem apricot...Selamat mencuba!!!!
aku buat udang aje. tak sempat nak buat sos. thanx mat gebu.

Thursday, August 19, 2010

kek gula hangus plak


sory la sebab asyik interprem makanan. hehe. bulan puasa ni macam-macam resepi rasa nak try. yang ini amik dari http://www.myresipi.com/top/detail/647

sangat mudah. semudah A-B-C

KEK GULA HANGUS

Bahan-bahan ( 6 orang )

  • 1 cawan gula
  • 1 cawan air panas
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan susu pekat
  • 2 camt soda bikarbonat
  • 4 biji telur
  • 2 camb mentega

Cara-cara

  1. Masak gula dengan api sederhana hingga hangus.
  2. Masukkan air dan masak lagi hingga gula cair.
  3. Masukkan mentega. Sejukkan. Ketepikan dulu.
  4. Pukul telur hingga betul2 kembang dan pekat.
  5. Masukkan susu pekat ke dalam telur tadi, kacau sebati.
  6. Masukkan pula tepung + soda. Sebatikan.
  7. Akhir sekali, masukkan air gula yang dah sejuk.
  8. Perap adunan selama lebih kurang 3-4 jam.
  9. Bakar dengan api sederhana 160-180 selama 1 jam"
balik tengahari dari ofis, bancuh bahan2 ni.. perap 3 jam, balik dari ofis kul 6.. bakar.. Walla.. baunya sangat best. anak pun suka.

'sarang'nya tak jadi sangat sebab kurang soda bikarbonat tak perasan tinggal sikit.

selamat mencuba.