First of all, salam merdeka pada semua. moga kita dapat sama-sama menghayati erti merdeka dalam aspek apa pun.. mengikut tafsiran masing-masing. MERDEKA!
setiap tahun aku tidak akan melupakan tarikh ini(semua orang pun..) tapi specialnya, a day before adalah my son's bezday. 4 tahun lepas, setelah 9 jam di labour room..aku melahirkan seorang putera comel nama Muhammad Afiq.. di Hospital Kuantan.
so, sempena tarikh ni aku plan nak bawa dia gi jejalan shopping complex.. belikan present.. especially buku.. awal2 lagi aku dah pesan, kita akan ke bookstore.. (menerapkan sifat suka membaca dari kecik..harap2 berpanjangan..)
kat bookstore dia kata nak beli colour, so aku ckp..
si ibu: afiq beli yang kecik aje ye, afiq kan dah ada colour kat rumah..
si anak: afiq kan dah 'big', kenala beli colour yang BIG..
(ok, anakku sudah pandai berkata2..terimakah hakikat..)
anyway, aku belikan juga apa yang dia nak. sticker book ultraman, mickey mouse colouring book, pencil colour BIG dan frozen nugget.
letih juga aku berjalan.. dengan berbadan dua ni.. tak sampai 2 jam, dah keletihan.. balik rumah pun, dapat masak satu lauk je, yang lain beli kat kedai.. tak larat.. tak larat..
**ROTI JALA **
A day before bezday afiq, aku ngidam makan roti jala.. nak yang buat sendiri. so 'google' internet cari resepi, jumpa resepi kat sini -->http://tiffinbiru.blogspot.com/2008/01/roti-kirai-roti-jala.html
sanggup minta abahnya jaga anak kejap untuk ke kedai beli tempat tebar roti jala. kari ayam dah siap masak awal2.. tapi, sampai berbuka posa.. tebar roti jala tak jadi..
wa.. rasa sedih.. melekat aje kat kuali. pastu try campur 1 biji telur.. tebar lagi.. Baru JADI.
apa lagi, berbuka puasa dengan roti jala aje.. rupanya anak-anak pun sangat suka... esok paginya pun, buat breakfast untuk anak, roti jala lagi.. best..best..
resepi Roti Jala (copy-paste dari tiffinbiru, tq!)
Bahan-Bahannya:-
2 cawan tepung gandum*
1/2 camca teh serbuk penaik*(*disatukan dan ayak)
4 camca besar santan atau susu cair
1/3 camca teh garam
2 1/2 cawan air
2 camca besar minyak masak
Sedikit pewarna kuning
Minyak untuk menggris kuali
Cara membuatnya:-
- Satukan semua bahan2 diatas dan kacau dengan wisk hingga sebati. Tapis adunan dan ketepikan. Biar adunan rehat 20 minit. Atau boleh juga dimasukkan ke dalam alat pengisar dan kisar hingga sebati. Jika adunan kelihatan pekat, tambah sedikit lagi air.
- Dalam kuali leper (frying pan), lenser sedikit minyak pada kuali dan biar panas. Ceduk adunan tadi ke dalam alat membuat roti jala dan kirai secara pusingan ke dalam kuali dan pastikan jaluran terbentuk bersambung antara satu sama lain.
- Bila roti jala kelihatan pucat. Lipat dua menggunakan sudip dan alihkan ke pinggan, lipat ikut kreativiti masing. Ulang proses yang sama untuk selanjutnya dan buat hingga habis. Hidangkan bersama kuah kari atau dalca.
p/s hari ni terajin sikit, post entry panjang sket..
2 comments:
roti jala melekat mgkin sbb tu kuali baru kot..? hehehe
happy belated birthday, afiq!
k.ida..org ade cara lebih senang nk baut roti jala..zila ajar..dan sngt la sesuai dibuat oleh kita yg bertitle mak buyung ni..
resepinya:
1/2 kg tepung gandum, 2 sudu susu tepung, 1 bji telur, gram dan kunyit..bancuh seme bhn2 kepekatannya ala2 nk goreng cempedak gtu..pastu sarangnya, botol mineral tu tebuk jer kt tudung..isi la adunan dalam botol, pastu akak buat la bulat2 then nk smabungkannya buat bintang atas bualt2 tu..kuali biasa pun jadik..wiken baru ni pun sy buat roti jala...mmg sekejap jer dan gerenti xlekat
Post a Comment