Wednesday, April 11, 2012

Wallet pula..


walaupun sudah hampir jam 3 pagi, saya masih gigih hendak meng'update' tentang produk baru saya dari gajet lama-tak-guna. hehe

ini dia wallet lipat-dua (bi-fold) pertama saya. lepas siap je, baru perasan poket dalam dia terbalik. huhu. takpe, nama pun percubaan pertama. 

saya telah mengikut tutorial-senang-paham di sini -->  http://modestmaven.blogspot.fr/2012/02/bi-fold-wallet-tutorial.html

kepada geng-geng bermesin jahit sekalian, mari cuba tutorial ini. berbaloi.

Sunday, April 8, 2012

nasi, telur dadar dan air suam

inilah akibatnya bila dah terstop meng'update' blog.
nak memanaskannya balik, ambil masa gak. tengah serabut kepala di akhir semester, pelbagai benda nak disiapkan. Padahal setiap masa membuka internet, surfing sana dan sini. Tapi untuk mood meng'update' blog sudah ke laut sebab kepala yang serabut.

Banyak benda mahu dikongsi, tapi kali ni nak berkongsi sesuatu yang menyentuh hati. (short entri je..)

Semasa membayar makanan tengahari di kantin dalam poli ni, sambil beratur bersama pelajar.. ada seorang pelajar lelaki juga yang membayar di belakang saya. Sedang saya asyik mencari duit untuk membayar harga makanan saya, saya terdengar makcik memberitahu harga makanan pelajar itu..

"2 ringgit"

Terkedu saya melihat apa yang dibawanya. Nasi berkuah sedikit, telur dadar dan air suam. Begitu menyentuh perasaan membanding makanan yang saya ambil dengan pelajar ini. Ya Allah, mungkin sudah kurang belanjanya untuk makan, namun kehendak lapar harus dituruti. Sian mereka.

Bersyukurla kita dengan apa yang ada.. Mereka diluar sana lebih kurang bernasib baik dari kita..

Monday, April 2, 2012

Idea Kreatif label dan ikat kabel..

Sekarang sedang dalam mood 5S. Nama pun Audit 5S. Maka semua benda harus dilabel, disusun. Tidak terkecuali dengan kabel-kabel berselirat. Mesti di ikat, dan dilabel.

Ada macam-macam idea untuk label dan ikat kabel-kabel ini.. Jom Layan gambar di bawah.

1. Menggunakan tag roti untuk label. sumber -->apartmenttheraphy



2. Guna sepit baju untuk label. sumber --> diylife.com


3.  Guna toilet roll untuk ikat kabel. Sumber --> apartmenttheraphy

atla031408-ext01.jpg

4. Guna phone cord untuk ikat kabel. Sumber --> http://www.apartmenttherapy.com

092310_tf_phonecordcontrol.jpg

Selamat ber'5S'. akibat banyak benda nak disetelkan untuk 5S, sila positif thinking pada operasi yang baik ini (pesanan kepada diri sendiri). Ia memberi suasana tersusun, baru dan segar untuk menjadikan kerja di ofis lebih tenang dan efisyen. Syabas kepada diri sendiri dan semua. ::clap::

Sunday, April 1, 2012

beg dari rakan

TARA

bunga felt menhiasi beg

bersambungan dari entry membuat beg, saya telah berjanji untuk membuat entry khas tentang beg yang saya akan terima dari Craft Swap. 

Tada.. 

Dari seorang rakan online, Idawati Mohamad. Cantiik. Beg hijau yang diperbuat dari Heavy Cotton. Kemas dan menarik. Dalamnya pun ada dua poket comel. Sungguh menjadi inspirasi saya untuk berkarya lagi pada masa akan datang. 

Hari ni, I'm in green. So, apa salahnya saya bergambar juga dengan beg baru ni. Hijau mata hitamku.

Terima kasih ye.

Testimonial VCO - Tiada lagi dengkur


Saya telah diperkenalkan oleh Mcna, rakan sekerja pada VCO - Virgin Coconut Oil beberapa minggu yang lepas kot. Saje-saje je nak try, bila dengar ramai yang kata VCO ni elok. Lagipun dia 100% natural, no chemical. 

Saya pun mencuba dan mengajak suami mencuba juga. Seperti biasa, suami mesti di'hidang'kan dengan ubat, baru boleh makan. Jarang sekali dia sendiri akan mendisiplinkan diri untuk makan apa-apa makanan tambahan untuk kesihatan (saya juga begitu..)

Namun, sejak 3-4 hari lepas, nampaknya suami sendiri yang ada kesedaran sendiri untuk makan VCo ni. Sebabnya, saya menegurnya dah tak dengkur dah sekarang. Kalau dengkur pun, tak kuat pun. Mula-mula, ingatkan sehari dua je.. Lepas tengok 3- 4 hari lepas tu, eh.. eh.. betullah dia dah tak dengkur.

Bukan mahu memalukan suami saya, cuma ingin berkongsi kebaikan VCO ni (saya bukan dealer ye, dealerya ada Mcna.. sila hubungi dia.. hehe). Dengkuran suami sungguh memberi 'kemeriahan' sehingga afiq pun pernah ckp 'Ibu, tak boleh tido la.. abah bising sangat'. hikhik

Husband nak cuba tengok adakah berkesan VCO ini kepada rambutnya.. Kena ambil gambar sebelum dan selepas ni.. hehe yang penting, kena disiplin makan la kan..

Alhamdulillah..

Saturday, March 31, 2012

5S pada pantry

Kerja-kerja 5S sangat merumitkan pada mulanya. Tapi melihat kepada tersusunnya barang-barang kita, fuh lega sangat rasanya. Maka, akibat ada lawatan dari luar untuk audit 5S, saya telah mentransformkan keadaan pantry saya dengan membuat parking serta label. Hamboi. Dah macam rumah gamaknya.

Meja dari Eng Lai. Pokok dari Giant. Water dispenser office punyala..
Botol-botol air yang telah di'parking' kan

Belum sempat label dengan seragam, parkingnya baru letak

Label sudah.. Jangan malu-malu untuk ambil.. Percuma je.

Toaster pun ada. Roti Bakar satu!

Hanya RM2 untuk maggi cup. Ops, dah jadi macam mini market

Its FUN when our pantry got so happening. Tambahan pula, setiap pagi ada sahaja hidangan dan juadah sumbangan ahli bilik yang baik hati untuk mereka yang tak sempat bersarapan. Dan paling best, pantry menjadi tempat berkumpul dan bergosip. Meriah!

Cadangannya nak buat pengikat langsir dan cari gambar frame untuk dinding yang kosong. Serta mengadakan sudut bacaan. Dah macam rumah sendiri pulak. Keh keh. 

Wednesday, March 28, 2012

Beg lagi



Beg terbaru hasil jahitan saya adalah Tote Bag. Simple aje. Dah tak menarik mana.

Saya telah menyertai Craft Swap (Bertukar-tukar kraf) sebuah group di FB. Setiap orang yang ingin join perlu membuat satu Tote Bag, dan memberi serta mengepos kepada rakan lain yang join. Pada awalnya, saya sungguh yakin untuk dapat menyiapkan beg awal, tetapi bila ada Kursus di Penang hari tu, semua rancangan tergendala.

Akhirnya, Alhamdulillah, dapat juga menyiapkan beg ni. Lebih Kurang 2 ke 3 jam untuk menyiapkannya. Sejam pada jumaat tengahari yang lepas, 2 jam pada malam Isnin yang lepas. Sangat tergendala kerana harus menunggu hero kecik tido.

Pattern adalah rekaan sendiri. Cuma cara membuatnya mengikut konsep satu tutorial ni..

--> Tote bag.

Beg diubahsuai dengan menambah batting dan button. Diharapkan kakak yang menerima beg ini berpuashati dengan hasil tak seberapa ni..

p/s bercadang untuk membuat entri khas untuk beg yang bakal saya terima.. wah!

Tuesday, March 27, 2012

i admire her.

i really admire her.
maybe because she is famous celebrity's wife.
tapi, isteri selebriti lain pun berlambak gak.
kenapa saya suka dia ye..

kerana entry di blog dia, yang pertama saya baca.

--> Bakal suami.

dari entri itu, saya jumpa slogan ini.

"kami tidak akan ucapkan perkataan 'cinta' kepada mana-mana lelaki ajnabi kerana.. kami simpan perkataan itu untuk diucapkan kepada bakal suami kami."


dan semalam. saya sangat tersentuh dengan entri terbarunya.

--> dengan dua kali lafaz

sweet. very sweet. kata-kata dalam entry itu sungguh humble. tulus dan ikhlas. begitulah kata-kata orang yang dicampakkan Nur dalam hati. dan ayat paling saya suka adalah the last sentence.

Indahnya Islam. 

Ya. Allah mentakdirkan jodoh insan ini untuk menjadi penyebab hidayah kepada orang lain. Mungkin sebelum ini, siapa pun tidak mengenali dia. Selepas menjadi istri pengacara terkenal ini, tulisan di blog dan Page di FB nya menjadi ikutan ramai. Pagenya sahaja sudah mencecah 80 ribu ++ LIKE. dan blognya ada 4ribu++ follower.

dan saya curi gambar ini untuk saya tampal di blog saya. sebab saya suka dia.



semoga Farah bahagia bersama insan tersayang dibawah Rahmat Allah..

Saturday, March 24, 2012

pinterest? i'm going to be addicted



i dont know what exactly this thing is until i find someone's pinboard

http://pinterest.com/annarozy/

WOW.
terus terpaku melihat idea pinterest ini. Berfungsi sebagai bookmark untuk everything yang kita rasa interesting. Yang paling mengagumkan ia dalam bentuk IMAGES.

saya tahu saya sudah sangat kebelakang. Ketinggalan keretapi.. kerana baru tahu hari ini. Berjuta orang sudah menggunakannya. Dan memanfaatkannya. Dan mungkin ada diantara rakan-rakan pembaca juga.

Yang pasti, saya bakal menjadi addicted into it. Argh. (satu lagi bentuk penggodaan yg akan menggangu fokus saya)

Tak sabar untuk mendapat account. Rupanya kena masuk waiting list. tak seperti social account yang lain. tak bestnya.

Hokey. Dalam kepala sudah ada macam-macam untuk di PIN

OH. TIDAK.

Friday, March 23, 2012

Resepi Ayam Bakar.


WOAA.
sudah lama tidak menempek gambar makanan.
sedap kan?

saya ada melanggan majalah SEDAP. dan resepi ayam bakar ini saya ambil dari situ. 
Ingin mencuba resepi lain dari yang biasa di masak.

dan yang pasti..
ingin memanfaatkan buku resepi yang dilanggan.
tak banyak cuba, 1 jadilah kan..
hehe

Nama ayam bakar ini.. AYAM BAKAR LUMAJANG.
jangan tanya 'LUMAJANG' tu apa/
saya pun tak tahu.
main ikut resepi je tau!

gambar dari majalah. mengiurkan!

saya nak share resepi kat semua, tapi malas nak taip. Aci tak?

sangat gembira melihat mereka makan dengan penuh selera. best.. best.. menjilat jari

p/s majalah SEDAP sungguh best.