Wednesday, March 28, 2012

Beg lagi



Beg terbaru hasil jahitan saya adalah Tote Bag. Simple aje. Dah tak menarik mana.

Saya telah menyertai Craft Swap (Bertukar-tukar kraf) sebuah group di FB. Setiap orang yang ingin join perlu membuat satu Tote Bag, dan memberi serta mengepos kepada rakan lain yang join. Pada awalnya, saya sungguh yakin untuk dapat menyiapkan beg awal, tetapi bila ada Kursus di Penang hari tu, semua rancangan tergendala.

Akhirnya, Alhamdulillah, dapat juga menyiapkan beg ni. Lebih Kurang 2 ke 3 jam untuk menyiapkannya. Sejam pada jumaat tengahari yang lepas, 2 jam pada malam Isnin yang lepas. Sangat tergendala kerana harus menunggu hero kecik tido.

Pattern adalah rekaan sendiri. Cuma cara membuatnya mengikut konsep satu tutorial ni..

--> Tote bag.

Beg diubahsuai dengan menambah batting dan button. Diharapkan kakak yang menerima beg ini berpuashati dengan hasil tak seberapa ni..

p/s bercadang untuk membuat entri khas untuk beg yang bakal saya terima.. wah!

0 comments: