Thursday, August 4, 2011

bagaimana ye nak fokus.

Alhamdulillah.
sudah 4 hari berpuasa.
pelbagai cabaran ditempuhi.

Aha.
Abid dah kurang demamnya
alkisah malam 2 hari lepas.
suhu dia mencecah 39.9
padahal baru bagi ubat demam
panik
bagitahu husband
nak antar ke hospital

sebelum tu, call abang ipar yang doktor
tanya apasal panas demam ni tak kebah
dia kata
mungkin ada virus dalam badan
kena makan anti biotik

kebetulan pagi tu,
doktor ada bg antibiotik, cuma aku tak bg makan
lepas abg ipar kata gitu
terus aku bagi
lepas tu, baru panas tu turun sikit

kat hospital
panas demam dah turun sikit
so, tak kena tahan wad.
cuma
sangat berpuashati dengan semua layanan di hospital
dari daftar ke farmasi
semua staf hospital layan dengan sangat baik
really unexpected (hehe.. jahat wo)
ingatkan mereka akan layan ala kadar aje.
rupanya sangkaan meleset. (teruk aku ni)

berbalik pada tajuk.. camne nak fokus ye
sebab selepas dua hari cuti
kerja di ofis bertimbun-timbun
niat nak siapkan kat rumah
memang tak terusik
sbb
kat rumah ada tanggungjawab lain yang perlu diselesaikan
bersama 4 heroes yang ada.

list out mana yang nak buat
semua macam kena buat dengan urgent
eh eh.. mana satu ni...
akhirnya, terpaku tak buat menda.

sapa-sapa ada tips?

Tuesday, August 2, 2011

cabaran ramadhan ke 2

abid dengan tepek di dahi.

dah hari 2 ramadhan
kejap je rasa.

hari ini aku ada cabaran
abid demam panas
aku kena amik cuti
kalau antar juga ke nurseri
konfirm2 la anakku ini kurang perhatian
dahlah panasnya tinggi.
huh

dari pagi sampai petang merengek.
ops.
dia nangis lagi
chow.

Sunday, July 31, 2011

Ramadan datang lagi.

Alhamdulillah
Allah bagi kesempatan untuk aku
dan suami
serta anak-anak
bersama dalam Ramadan
yang sangat ditunggu..

Musuh utama digari
Pahala berganda
Nafsu perlu dididik

Ramadan ini lebih istimewa
aku kini bersama 3 hero (pejuang agama Allah, insyaAllah)
yang kecik masih 6 bulan

bila menyusuri status facebook
kawan-kawan
yang sudah punya anak..
satu, dua dan lebih
macam aku ni..

rata-rata mengeluh
tak dpt bertarawikh
seperti zaman bujang
ibadah khusus dan sunat lebih kurang aje
kerana amanah anak yang perlu diambil kira
(aku jua terasa.. huk huk)

tapi
aku percaya
'perjuangan' kita lebih bermakna
setiap rasa sabar kita ada balasannya
mari kita betulkan niat, sahabat-sahabat..
anak amanah Allah..
kita menjaga amanah Allah yang tak ternilai
pengorbanan kita jua adalah ibadah

indahnya Islam,
Allah tidak hanya menilai kita
ibadah di surau
doa lepas solat..
Dia ada di mana-mana
setiap apa yang kita lakukan keranaNya
adalah ibadah
pasti ada ganjaran yang untuk kita.. bersabarla..

ditika aku taip entri ini
arif ada diriba..
memujuk aku tido..
namun,
aku berhajat, hari-hari yang berlalu
di bulan barakah ini
ingin aku isi
entri-entri
di blog ini
sebagai pengisian diri..
dan untuk dikongsi bersama semua..
semoga kita mendapat manfaatnya..

ok, arif dah menangis
chow

Wednesday, July 27, 2011

hotel dapat sijil halal di kuantan..

a short entry..

Ramadan nak dekat (yeay!)
nak tahu hotel mana kat kuantan ada sijil halal.


kalau tak bgtau pun,
semua tahu kat mana nak cari kan? hehe..

chows..

p/s : sudah stat buat proposal, tak sesusah yang disangka. insyaAllah boleh siap dalam seminggu.

Tuesday, July 26, 2011

bila nak siap daa..


hari ini dapat SMS dari dr hamzah

"Salam. Agak2 pn ida hantar proposal dan nak daftar bila yer? kalau tak boleh access web, boleh hantar ke fakulti untuk tindakan"

aku balas..

"salam dr hamzah, proposal sedang dalam proses, belum siap lagi. Dalam seminggu lagi saya siapkan"

dr hamzah balas.. dush

"ok. pendaftaran dah boleh dibuat dalam bulan depan. Good Luck"

dush
*
*
semestinya aku perlu risau
dr hamzah adalah bakal supervisor aku
aku sedang berhajat besar untuk sambung blaja
secara part time

maka, aku sudah sedia mencari SV
sudah berbincang tajuk
dan perlu siapkan proposal

cabarannya
aku masih belum dapat menyiapkannya
ayo.
bulan 9 sudah mahu daftar.

beberapa perkara aku kenalpasti
weaknesses diri sendiri yang masih belum dapat dibaiki
1. disiplin diri
2. mengatasi kelekaan berinternet

i should be strong and go for it.
wish me luck!

Tuesday, July 19, 2011

S+S+S+S+S

selepas aku abis cuti bersalin arih tu,
dengar kecoh2 kat ofis kena buat 5S..
ape benda semua 5s tu..

yang penting impaknya adalah tambahan kerja
aku ingat terlepas kena buat 5s
tetapi rupanya tidak ketinggalan

maka
aku menghangkut abah 3A ke pasaraya Cowboy
untuk membeli fail-fail
dan benda-benda berkaitan dengan 5s..

5s adalah... (jeng..jeng..jeng..)

setelah diterangkan oleh kengkawan
ape yang kena buat..
jem sekejap
sebab tak tahu nak start kemas meja aku dari mana
(sbb ketidaktentu-semaknyaa mejaku a.k.a macam-macam ada)

mahunya mulut nak mengomel sebab banyak benda nak kena buat
tapi teringat kata-kata itu

kalau TAK NAK BAHAGIA, buat 3 perkara..salah satu SUKA MERUNGUT

maka,
ku tahan semua sumpah seranah dalam hati (it works, perasaan akan jd lebih positif)
fokus untuk siap mengemas meja seharian
dan Alhamdulillah it works.
jeng..jeng..jeng..

eh silap gambar (gambar di atas mode: tgh buat kerja)


antara perkara yang HANYA perlu ada atas meja (bos 5S suruh, selaras semua staf)

- DUA (2) kotak fail ATAU fail semasa (contoh FRP)

- SATU (1) ‘ikat’ PB pelajar (contoh kuiz/ujian/laporan amali)

- DUA (2) batang pen/pensil

- SATU (1) Kalender meja (jika ada)

- TIGA (3) hiasan (contoh frame gambar, kotak tisu, pokok, memo pad dll)

- SATU (1) Tray (jika ada) dilabelkan (contoh IN, OUT, KIV dll)

- SATU set komputer (jika ada)

- Tanda nama pensyarah diletakkan di atas monitor, meja, partition atau tempat yang sesuai

fuh..
macam tak percaya itu meja aku
haha.
tak pernah sekemas itu hik hik

dalam laci pun kena kemas, label setiap alat tulis yang ada..


walaupun sumpah-seranah berhambun-hambun
tertanam dalam hati
selepas buat 5S ni
aku sukaaa.
sebab
pen senang nak jumpa
cop senang jumpa sebab nak cop borang student
dokumen ku pun tak bercampur baur..
(nampak sangat tak sistematik sebelum ni)

++ en suami kata sekolah dia dah lama buat 5S, poli baru nak buat.. hehe

Monday, July 18, 2011

Di belakang seorang isteri..

Biasa kita dengar..
Belakang seorang tokoh terkenal dan wibawa,
ada isteri (kalau lelaki) yang memberi support.
dan begitu juga sebaliknya..
di belakang seorang isteri,
juga ada suami yang sentiasa memberi sokongan.

fizikal, mental
juga emosi..

Ya, setiap orang yang berkahwin
wajar merasainya..
walaupun makin lama berkahwin,
'sayang' kurang diungkap
'cinta' hanya disebut sekali sekala,
hakikatnya, sayang dan cinta telah SEBATI
dalam diri mereka
dalam setiap apa yang pasangan kita buat..

mari kita bayangkan
setiap kali dia tolong jagakan anak
setiap kali dia tolong belikan barang dapur
setiap kali dia tolong komen apa yang kita masak..
sebenarnya
setiap kali itu dia ucap 'I LOVE U..'
owh.. sweeeeeeeetnyaaaaa

apatah lagi
bila dia memberi sokongan mental
ketika kita stress waktu kerja
bila dia tolong belikan barang jualan
nun di tengah ibu kota
dan bila dia tolong kirakan
setiap keuntungan yang kita dpt
hasil jualan tudung.. (hua hua hua)
itu semua pertolongan luar biasa..
maka,
itu semua seakan-akan
dia ungkapkan 'I LOVE U FOREVER' ten times.
oh.. sangat best!

apapun, sayaaang abah!! (walaupun abah tak baca. ngee)

Sunday, July 17, 2011

alfatihah..

Hibanya hati mendengar pemergian seorang tokoh Muslimat yang berwibawa. Dr Lo'Lo' (MP Titiwangsa) telah kembali ke rahmatullah semalam, hari nisfu syaaban yang penuh barakah kerana kanser paru-paru.

Sesungguhnya dia merupakan idola perjuangan muslimah yang hebat. Kehilangannya sungguh terasa oleh sahabat-sahabat perjuangannya dan tiada galang gantinya.

Alfatihah..
semoga Allah menempatkan beliau dikalangan mereka yang disayangiNya.

*aku dan adik (kanan) sempat bergambar dengan dia ketika aku menghadiri Kongres Mahasiswa semasa belajar di UPM dulu.

Thursday, July 14, 2011

how its going?


how its going to be a mom of 3 As?
this pics shows how my morning rutine..
  1. orange's bag: abid's
  2. small blue's bag: arif
  3. big blue's bag: afiq
  4. black bagpack: my bfeed's gadget
  5. black briefcase: my laptop
  6. last..: my handbag
6 bags - 2 to 3 trips nak load kan ke kereta, tidak termasuk 2 trip untuk hangkut arif and abid masuk kereta (afiq dah pandai masuk kereta sendiri).. arif perlu dihangkut kerana either dia masih tido atau dia merewang ntah ke mana kalau dia bangun..

Alhamdulillah, afiq si abanglong sudah pandai tolong buka pagar.
maka, the little helper akan tolong buka pintu pagar
sementara si ibu berlari-larian keanak-anakan mengangkut barang.
abanglong akan bertanya..

"ibu, nak buka satu ke dua-dua pagar"

soalan yang setiap pagi akan ditanya sebelum menolong ibunya.
terima kasih sayang.

sampai ke ofis, baju sudah basah dengan keringat.
Alhamdulillah, jarang ada orang lain yang mempunyai
experience macam ni..

pst: Dr muhaya kata: Bangun pagi, cari apa yang kita nak bersyukur hari ni?
aku bersyukur 3 As masih hidup, ceria sihat hari ni.. Terima Kasih Ya Allah.

Tuesday, July 12, 2011

ketenangan


saya sedang sangat mengantuk sekarang.
menunggu 10 minit lagi untuk kelas.
assist kelas.
so, terpikir sesuatu untuk dijadikan entri

Alhamdulillah
rasanya kini aku lebih tenang
dengan rahmat Allah, dan nikmat motivasi yang diberi
oleh idola saya, prof dr muhayya

dulu aku pernah buat entri pasal manage stress, cek sini-->manage stress
ada 10 perkara.
aku ada try 3-4 perkara.
ia hanya mengurangkan stress secara sementara

dr muhaya ada bagi perumpamaan
sebuah pokok
bila buah dari pokok tu tak elok
adakah kita perlu polish buah tu?
tak boleh kan..
ia berasal dari akar..

macam tu juga dengan diri kita
bila nak tenang, dalaman kena elok dulu
kena sentiasa ingat Allah..

berhati-hati dengan apa Allah tengok kita,
jangan kisah apa manusia judge kita.
bila kita jaga apa Allah suruh, elak apa dia larang,
Allah akan jaga kita.

Subhanallah.
bukan nak cite aku ni baik sangat
tapi aku nak share 'mutiara' yang sungguh berharga.
ada kata-katanya lagi..

yang bagi kita bahagia adalah Allah
bukan manusia.
kalau nak bahagia.. minta pada Allah
bukan pada manusia.

huh. insaf.
teman baru..
pokok berharga RM8.00 campur pasu harga RM11.00
beli kat giant.. ngeee