Monday, July 11, 2011

yeay. voucher lagi


this is my first time join a contest dalam blog.
dan nasibku baik..
Alhamdulillah.

masa tengah poning menyiapkan presentation minggu lepas,
aku blogwaking, terjumpa blog anis
dia promote satu contest oleh intan and the boys' blog
aku pun masuk..

ini entry aku --> contest acal

yeay. nasib menyebelahi.
walau saingan pun banyak.

dapat baucer ni, nak beli apa plak ye..
apapun,
tq so much to intan's blog

Sunday, July 3, 2011

drypers llimited edition


pagi tadi masa nak tuka pampers arif
aku gi cari dalam bilik satu lagi
tak jumpa

aku tanya husband
mana pampers si arif ni
dia kata "ada"

confius
aku cari balik..
dalam kepala dah set
pampers kaler hijau saiz S
kaler biru saiz M (abid pakai)
kaler oren saiz L (arif pakai)
kaler purple saiz XL
(dah hapal dah sebab anak ramai lebih dari sorang pakai pampers)
yang ada kaler hijau ngan biru
kaler oren tadek.

jap..
sapa beli kaler hijau banyak-banyak ni
(encik suami adalah menteri kewangan a.k.a tukang beli barang)
belek punya belek..
oo. DRYPERS LIMITED EDITION.

so, saiz L dah jadi kaler hijau
ada gambar-gambar lagi..
cam cloth diapers plak.

cantik!
strategi pemasaran terbaru drypers
bagi aku, keluaran yang lepas lagi berkualiti
berbanding yang baru ni ..
so, untuk dia nampak lebih 'baik'
dia tuka design.. harga still sama.

hmm..ok juga.

p/s lepas ni, arif takyah pakai seluar pun nampak comel.. ops.

bersyukur

Aku ada cabaran..
untuk membahagi masa..
antara keluarga dan kerjaya

Allah dah bagi aku keluarga.
suami yang penyayang.
anak-anak yang bijak dan sihat.
Alhamdulillah aku bersyukur
berapa ramai insan di luar sana tak punyai
seperti yang aku ada.

Allah bagi aku kerjaya
kerjaya tetap,
berpendapatan sederhana
Alhamdulillah aku bersyukur.

Namun,
bila tiba cabaran ini dtg
aku perlu manage masa
antara keduanya
level kekuatan kena tinggi
perlu menahan diri dari mengeluh
kerana
cabaran ini hanya sekelumit
dibanding dengan nikmat Allah bagi.

Ya Allah.
campakkan rasa sabar.
campakkan rasa bersyukur.
biarpun sedikit rasa sabar dan syukur itu
untuk aku hadapi cabaran ini
semoga
aku tidak tergolong
antara mereka yang kufur.

*luahan hati bila kena jaga 3 heroes sorang di hari weekend
dalam masa sama, kerja ofis berlambak nak disiapkan..
bersyukurlah..

Saturday, July 2, 2011

Contest ACAL

aku tengah pening
prepare untuk presentation minggu depan
dan urusan-urusan kerja yang lain
lalu
blogwalking kat blog kawan..
jumpa satu contest.
macam best aje

ok
meh try masuk.
syaratnya kena buat dialog
---------------------------------------------------------


adik: mama, adik rasa ada bau busuk.. adik rasa abang poo-poo dalam seluar dia.
abang: uish, kantoi plak. camne bleh dia perasan ni (cakap dalam hati)

adik: abang ni jangan le gerak-gerak.. nanti tercicir poo-poo abang tu, malu mama kita.
abang: iye ke? (ayat cover sbb malu). OK, jap abang cek.. betul ke abang berak.. (sambil menghulur jari ke dalam seluar)

abang: Haah la. ada warna kuning kat jari abang ni. cuba adik bau, ada bau macam poo-poo adik tak?
adik: grrrr.. ada yang nak kena ni..

------------------------------------------------------------
contest ni anjuran Butik Adik Comel Abang Lawa
menang dapat voucher.
tarikh tamat:6 petang 8 julai 2011

ok. mata dah segar balik
jom sambung buat keje.

Monday, June 27, 2011

mumsdream's ..yeeha

tadi masa kat office
husband call
dia tanya
"ada masuk apa-apa pertandingan dalam Pa&Ma ke?"
aku jawab.
"Ada"
......

.......
terus tanya..
"Nape? Menang ke?"
the answer would be .. YES

and the gifts are from --> MUMSDREAM
rasa sangat gumbira.
inilah kali kedua aku menang hadiah dari contest majalah Pa&Ma
masa afiq umur beberapa bulan, aku masuk contest mandian mandi..
menang hadiah mandian, adalah dua ke tiga botol mandian
harga RM20 setiap satu

Kali ini aku try contest Nursing Blouse,
memang tengah kumpul baju nursing
sebab sedang menyusukan abid si comel itu..

persamaan dua-dua pertandingan ini adalah
kena sertakan slogan..
so, aku discover my hidden skill.. buat slogan (hua..hua..hua..)

start perasan aku ada skill ni
sejak pertandingan Minggu Amanah Saham kat kuantan arih tu
menang baucer percutian RM500 (burn begitu sahaja sebab dah expired)
ngan DVD player..
Alhamdulillah, Allah bagi rezeki melalui kelebihan ini..

berbalik pada citer Mumsdream blouse ni..
selain dari blouse, aku pun dapat boucher Rm20 (sapa nak..?hehe)
pastu aku pun jengah web dia -- http://mumdreams.com.my/onlineshop/
nak tengok berapa harga hadiah aku ni.. hehe

mahal juga.
aku suka sangat dengan baju itu.. tima kasih mumsdream
aku konfirm akan beli baju nursing dengan baucer itu..

nak tahu apa slogan yang dipertaruhkan.. (aku masih simpan dalam henpon)..
Menyanjung tingginya nikmat menyusu puteraku,
Memberinya yang terbaik dimana sahaja tak mengira waktu,
Menepati fesyen muslimah anggun untuk para ibu..
tak ingat tang bila ada idea..kalau tak silap, memang masa tengah bf anak, then capai henset..create the slogan. rezeki abid.

jom masuk contest.. mana tahu ada rezki..

Monday, June 20, 2011

Aku insan terpilih?

Hari ini keluar tawaran kenaikan pangkat
di tempat kerja aku.
:
:
:
but i looked at it.. blankly
:
:
:
what should i feel for real?

padahal
untuk 2 tahun kebelakangan ini
inilah yang aku tunggu-tunggu
hampir setiap masa aku cek
bila tawaran kenaikan pangkat akan keluar
aku yakin, aku sangat layak untuk itu.. (berlagaknya budak ni)

orang lain berhempas pulas nak buat inovasi
aku dah ada
tinggal nak present
dengan confidentnya aku ckp
i'm the one who are expected to be promoted..
and i confident i was..

tapi, bila tiba tawaran itu keluar.
hari ini aku tak ada sekelumit gembira pun
hanya gembira sebab tudung yang aku jual laku (keje lain tu..)

WHY?

sebab aku tiada hati untuk bekerja..
PASSION aku untuk bekerja seperti sebelum ini, hilang!
kalau dulu, kul 5.30ptg pun aku tak balik lagi..
sekarang, aku antara org yang beratur nak punch out 2-3minit sebelum kul 5ptg.
kalau dulu, projek VB aku tak jemu aku buat di rumah..
sekarang, aku main aktif main game FB
dan
segalanya memang silap aku.

hanya kerana aku bekerja bukan kerana Dia..
aku bekerja sebab aku nak bos suka kat aku
aku nak bos tengok aku hebat

benar kata Dr muhaya,
bila kita bekerja kerana nak manusia sanjung, kita akan kecewa.

aku buat inovasi, itu ini..
bila kena kritik, aku melenting.. marah tak tentu pasal
(mesti korang ckp, padan muka! ya, aku layak di'padanmuka'kan)

paling sakit hati, SKT aku tak naik pun.. mendatar camtu aje.
aku masuk potfolio yang semua orang tanak..
buat keje macam nak gile.. harap2 lepas ni, kalau mintak tukar potfolio, aku dapat tuka.
2 kali mintak tuka potfolio, bos buat deeeeeeeekkkk je.
disenaraikan sebagai penerima APC, jaaaaaauhh sekali
FRUST.

bila aku buat inovasi,
ada yang tumpang amik untuk naik pangkat.
aku juga yang terkulat-kulat, tumpang gembira.
tahun lepas menjadi 'Tahun paling DOWN di tempat kerja'
kesian abid dalam kandungan, terpaksa mengalami emosi ibunya jua..
Allah sangat sayang aku, aku direhatkan 3 bulan dari kerja ketika tekanan itu dtg.

puas berehat,
aku decide nak sambung blaja
at least aku bleh 'lari' dari melayan kecewa itu
bekerja dan 'bersaing' dengan diri sendiri,
aku adalah yang paling CEMERLANG

kata-kata motivasi itu ada menyebut
'kalau kita dapat redo Allah, kita akan dapat redo manusia'
'kita tak perlu manusia untuk bahagia'
'tak perlu risau apa manusia kata, risau apa Allah judge kita'

aku terpilih untuk diuji
'mahal'nya hidayah Allah.

ok, sudah abis sesi 'membuka pekung di dada'
semoga anda semua mengambil iktibar
jgn jadi macam aku, hamba hina
syok sendiri..
haha (gelak kepada diri sendiri!!)

p/s - nak ke apply kenaikan pangkat tu? (ada hati lagi tu..)

i love her..

akhirnya aku update jua.
namun bukan pasal percutianku hari tu
maka, cerita percutianku di sabah ada Part 1 dan Part 2 sahaja.
tiada mood untuk bercerita pasal cuti itu..
nak cerita benda lain.

nak cerita pasal seseorang.
mengumpat ke (Astaghfirullah..)hik hik

nak cerita pasal seseorang..
seseorang yang ada aura.
yang menyebabkan aku tersentuh.
yang menyebabkan hatiku teringat kebesaran Allah
yang menyebabkan aku insaf
yang kembali mengingatkan hala tuju diri aku ini..

"orang yang baik adalah guru kepada yang jahat, orang yang jahat adalah KERTAS KERJA bagi orang yang baik"

"Kita tak perlu manusia untuk bahagia"

"Orang yang berjaya buat apa yang orang gagal TAK SUKA buat."

Itu antara kata-kata insan ini dalam temubual dia di IKIM.fm. Cara percakapannya sangat lembut dan mudah diterima.

Aku telah declare diri sendiri as her fan.

oleh itu aku telah ke laman web IKIMfm dan muatturun semua rakaman temubual dia di radio. untuk aku dengar semula. dan semua aku dah dengar, bukan sekali..lebih lagi!

wah..
dia sungguh hebat.
Allah telah tunjuk kasih sayangNya dengan memberi peluang aku mengenalinya.

dia adalah Prof dr Muhaya.

p/s:- baru seorang manusia hebat ini, aku sudah kagum.. bagaimana pula jika aku jumpa Kekasih Allah, Rasulullah.. manusia terulung sepanjang zaman? subhanallah..

Thursday, June 9, 2011

vacation part 2 - sg ikan kelah dan ladang teh

Alhamdulillah.
walaupun amik masa 3 hari
aku dpt gak update cerita
vacation ke sabah

sebelum cerita panjang lagi
jom layan gambar
ekspresi-ekspresi muka aku

jeng..jeng..jeng..
adoyai..

:
:

waaaaaa..
:
:
:
eeeii..
:
:
:

ekspresi-ekspresi itu
adalah kerana
menahan rasa geli dan sakit sikit
pasal di gigit ikan kelah


ikan-ikan ni ikan liar
yang ada kat sungai
kata mereka
ikan-ikan ni akan makan
sel-sel mati kulit kaki
ntah betul atau tak

tapi sakit dan geli juga
bila kena gigit
sorang kena bayar
kalau nak masuk sini
tak ingat berapa
itupun cuma 15 minit je
dia bagi rendam kaki
kat sungai tu

setiap orang
yang masuk
dibekalkan makanan ikan
untuk menarik perhatian ikan
untuk dekat dengan kita

best!
aktiviti ni dipanggil TAGAL
ramai betul pengunjungnya..

lepas tu,
kitorang gi Sabah Tea Garden
siap amik gambar kat ladang teh
teh kat sini takde pesticide


iron mom..hua hua


amik gambar dengan kilang dan kedai teh

beratus lebih juga abis
beli teh
sebagai ole2 untuk family
kata mereka
teh2 ni takde jual kat semenanjung (ye ke)

apapun
this two places memang best

okla.
kalau masih RAJIN.
aku buat part 3 plak pasal vacation aku ni

tunggu (takyah tunggu pun takpe.. hehe)

Monday, June 6, 2011

vacation part 1- kem BTN kundasang

salam selasa
ni nak cerita serba sikit pasal bercuti di sabah
entri ni part 1, aku kat BTN kundasang
ada part by part ni, macam la aku rajin sangat nak update
kalau ada satu part je..
pasrah je la ye..
sbb aku takut tak sempat buat part 2, part 3 dan so on..
bz ngan keje dan anak.

aku di BTN kundasang bukannya buat kursus BTN
cuma menumpang di kem tu
2 hari..
sangat sejuk bukan main lagi..
kami duduk 3 rumah fasilitatornya..

kat sini pemandangan sangat cantik
maklumlah kat kaki gunung kinabalu
maka, berbakul-bakul la gambar aku amik..

its better kita layan gambar sambil bercerita..
ops.
gambar berdua nampak. heee
boleh kira berapa gambar berdua pernah diambil
sejak ada anak ni..
gambar macam honeymoon je kan..
tapi tidak..
3 satria ada mengikut sama
waktu ni waktu pagi yang sangat sejuk,
siap kena pakai stokin lagi..
Haaaa..
baru sebut tadi..
(gambar atas) inilah 2 satria ku.. afiq dan arif
masih mamai akibat baru bangun tido..
baju sejuk tu di beli khas untuk ke sabah
tapi beli kat bundle aje
cantik apa..
heee

si comel abid pun tak ketinggalan (gambar atas)
bertuah sungguh
baru 4 bulan dah naik flight
terbang ke negeri di bawah bayu
Alhamdulillah, abid tak meragam sangat
cuma masa nak tido ngan lapar tu
pening gak tengok dia meragam
masa-masa lain.. baik je
dan bestnya bila dia akan tido
dari kul 9 malam, straight sampai pagi
suhu sejuk yang menyenangkan kot
ni gambar berdua lagi (gambar atas)
amik kesempatan nampak..
anak-anak tengah main ngan sepupu-sepupunya kot.
waktu ni dah tengahari sikit
so, nampak pemandangan gunung yang cantiiikkk ..
waaah..
actually, ini adalah percutian keluarga mertua
semua adik beradik husband join sekali
sangat meriah
3 kereta jalan-jalan di sabah..
walaupun penat, pengalaman yang sangat best
i recommend u all pun bercutilah di sabah..

dengan cuaca yang sejuk tu,
macam2 bunga cantik di tanam kat situ
aku pun amik gambar setiap satu
kobis pun jadi tumbuhan hiasan tau
selain bunga-bungaan..

amacam?
nampak best kan..
bertuah diri ini dapat join bercuti
dalam 6 tahun kawin,
inila percutian official yang pernah aku pergi

oklah..
kalau rajin, aku sambung part 2..

tunggu..

sudah balik dari bercuti..

halu...
aku sudah balik bercuti..
dari negeri di bawah bayu
best..

hari ni masih letih lagi
maybe selepas seminggu bercuti
dan berada di zon tidak selesa..
biasalah di tempat orang..
dapat balik kembali ke rumah sendiri
apa lagi..
lepak dan tido serta memanjakan diri la..
tapi rasanya masih tidak cukup
hehe

dan semalam..
walau takde mood
kena juga memulakan kerja.
and wrote down apa kerja2 yang aku kena bereskan (gambar di atas)
dalam minggu ni

apapun..
aku akan bercerita tentang percutian..
dengan menyelitkan sekeping dua gambar
untuk tatapan

tunggggguuuuu.

p/s; my supervisor dah call.. alamak, proposal tak siap lagi