Friday, August 31, 2012

afiq dah 6 tahun

Pejam celik pejam celik,anak sulong saya dah menjengah umur 6 tahun semalam. Rasa macam baru aje saya melahirkannya di hospital besar kuantan. Alhamdulillah. Afiq pun dah jadi abang long kpd dua adiknya. Arif dan abid. Terima kasih ya Allah.

Sementara post ni dibuat, kami sedang dalam perjalanan dari Kota Bharu.. Menghadiri wedding rakan di sana. Tak sempat lagi saya nak celebrate bezday afiq. Tapi dah janji nak belikan kek angry bird utk dia. Hehe

Semoga afiq membesar menjadi mukmin yang soleh, menjadi anak soleh dan sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.


Wednesday, August 29, 2012

Jom belajar crop dan edit gambar..


Alhamdulillah, impian utk mencuci gambar dan letakkan pada album telah tercapai. Saya telah mengedit gambar-gambar raya untuk dicuci.

dari gambar ini..


saya edit dan crop menjadi.. TARA

saya nampak lebih cerah. wow. (padahal edit gambar)


dan paling best, saya tambah '@raya2012' kat bawah gambar untuk mengingatkan saya bila gambar ni di ambil bila dah tua nanti (eceh!)

TIPS CROP GAMBAR.

Disebabkan saya nak cuci gambar ni pada saiz 4R, saya tidak boleh crop sesuka hati. Nanti bila dicuci.. gambar ni akan penyek atau lonjong. muka yang cantik pun dah tak nampak real.

cara untuk crop adalah dengan menggunakan Nisbah gambar. Setelah dikaji, saiz 4R mempunyai nisbah 4:6 atau 6:4 mengikut gambar menegak atau melintang. Jadi, bila nak crop, kena pilih pilihan seperti di bawah.




Saya menggunakan perisian photoscape yang amat mudah. Boleh download secara FREE di http://www.photoscape.org

Beberapa gambar yang saya edit juga adalah seperti:

dari gambar ini..

tak menepati rule of third (kedudukan gambar)

kepada gambar ni.. jeng-jeng.

setelah di crop, dicerahkan sedikit dan diletak tarikh,tempat di sudutnya

Menarik kan? Jom cuba!

kata-kata dari orang hebat.

tips 1

Tip untuk perempuan yang bekerja dalam kumpulan lelaki....
1. Jangan sekali-kali bercakap soal perasaan.
2. Apabila memberikan pendapat, sertakan informasi, data dan fakta bagi menyokong pendapat.
3. Fokuskan percakapan kepada gol.
4. Semasa bercakap, jangan tersenyum-senyum....

tips 2

Tip bisnes....
Mitos: Apabila bakal pembeli mengatakan sesuatu yang tidak betul tentang produk kita, maka kita mesti terangkan kepadanya bahawa apa yang dikatakannya itu tidak betul, dan seterusnya beritahu apa yang betul.
Realiti: Berbalah dan berbeza pendapat dengan bakal pembeli tidak membantu proses penjualan.

dan banyak lagi tips dari insan hebat ini. Puan Ainon Mohd, Pengerusi Syarikat Kumpulan PTS. 

jom subscribe profile beliau di FB --> ainon mohd

Tuesday, August 28, 2012

menjejak tanah tinggi

memory di cameron highland

Ini adalah kali kedua saya ke tanah tinggi cameron. Kali pertama dulu tahun 2007, semasa menghadiri kursus. Waktu tu, tak sempat untuk bercuti-cuti.

Kali ni, saya bersama keluarga sebelah suami, pergi bercuti-cuti di tanah tinggi ni. Balik hari. pergi pagi, balik malam. 

Seronok!

Walau terasa sangat penat bercuti bersama 3 hero, saya tetap gembira. Pelbagai ragam itu dan ini harus dilayan, yang penting mereka juga gembira. 

i am a superwoman.

luv this pic! Umph!!

memetik sendiri strawberi

Tak banyak tempat yang kami pergi. Ladang teh, Taman rama-rama, ladang strawberi ngan pasar malam.

Macam tak puas sehari kat sana. lain kali boleh cuba bermalam pulak kat sana. Ada cadangan tempat menarik lagi tak? 

*menjelang malam, suhunya macam kat kundasang. Sejukkkk!

Terima kasih Ya Allah..

gambar parents in law dan ipar-ipar saya

my family

syukur Ya Allah dengan setiap nikmat yang Kau beri.

Atas adalah gambar mak dan abah (ayah dan mak mertua) bersama adik beradik suami. Saya sangat bertuah berada dalam keluarga ini. Gembira dan bahagia. Mereka sangat baik dan memahami.

Raya kali ini, walaupun tak dapat beraya bersama di hari raya pertama, kami sempat bergambar bersama di studio. Sangat seronok walaupun baju caca-merba.. tak sedondon mana. takpelah, asalkan Full House, semua ahli keluarga ada.

Kali ini juga, saya berkesempatan mengambil gambar keluarga kecil saya. Suami dan anak-anak hero saya. Kecil tapi bahagia.

Syuukuuuurrrr.

Monday, August 27, 2012

kesian, mereka tak pernah tengok ayam..


tidak terlintas di fikiran saya, generasi anak-anak saya sangat teruja melihat sejenis binatang ini. Ya. namanya AYAM.

sungguh menggelikan hati melihat gelagat mereka sesampai sahaja di kampung rembau, kampung sebelah ayah. rumah kampung masih kayu dan persekitaran yang ada suasana seperti kampung-kampung biasa. Sesampai sahaja di sana, mereka semua berkumpul melihat ayam 'berehat' di ruang bawah rumah. 

Seakan-akan satu rombongan sambil belajar, mereka mengelilingi rumah mencari ayam untuk diperhati. Serious betul muka masing-masing memerhati binatang ternakan ni. Itu belum lagi ditambah jeritan .. "ibu.. ibu.. ada ayam. tuuu ayamm!" dengan nada excited!

Lucu.

inilah rombongan mengelilingi rumah

di kejar ayam sampai ke semak.. ayam pun lari ketakutan

setia menunggu di tepi semak, kalau-kalau ayam kembali.

*meriah melihat anak-anak beraya.. terutama bersama sepupu-sepupu mereka.

Sunday, August 26, 2012

luv these raya pics!


tahun ini, giliran rumah saya pula. berkumpul semua adik beradik. 2 tahun sekali je berkumpul begini. meriah sangat tau. 

walaupun tak dapat ambil gambar di studio, satu-satunya gambar penuh semua orang ini, sangat BEST.


tahun ni, kami ber'uniform' hijau. first time, baju melayu mereka tidak ditempah, malahan dibeli siap. Dari baju melayu mereka hingga ke baju saya, sama jenama tau. jenama Sophy. sangat berpuashati dengan jahitannya. 

** kakak dan kakak ipar telah disahkan mengandung. InsyaAllah bertambah ahli keluarga lagi tahun depan. Alhamdulillah.

Monday, August 13, 2012

Bonus pertama as shaklee member..


sudah jarang saya menjengah blog kesayangan ini. jarang juga berblogwalking. Fenomena telah berubah menjadi FB-walking dan GroupFB-walking. 

Yeehoo.. saya telah berjaya menjalani bulan 7 sebagai ahli shaklee dengan berjinak-jinak menjalankan jualan shaklee secara kecil-kecilan. Sejak bulan 6 lagi saya menjadi pengguna shaklee, kesan dari pemakanan vitamin-vitamin ini tidak dinafikan meningkatkan kecekapan saya bekerja sebagai pensyarah dan ibu sepenuh masa. (seriously! bukan sengaja berkata begitu untuk menambah jualan..)


Dan dengan tidak berfikir panjang, apa salahnya saya menjadi ahli. Anak-anak terjaga kesihatan, Alhamdulillah, sejak makan mealshake, Afiq semakin berselera makan.. Arif dan abid belum dijangkiti demam, selsema dan batuk yang membimbangkan walaupun dihantar ke taska sejak 2 bulan pengambilan mealshake. Ibu mana yang tak gembira dengan perkembangan itu.

Kegembiraan saya, saya kongsi dengan rakan-rakan dan ahli keluarga sehingga membuat free testing kepada rakan-rakan di ofis. Ramai juga yang mengambilnya, dan mengakui kelebihannya. 

Alhamdulillah, dengan perkongsian itu, saya mendapat bonus pertama as shaklee member hasil perkongsian tersebut. Hanya RM2++ tetapi saya sangat bersyukur. Ini bermakna, saya seolah-olah mendapat diskaun yang teramat banyak bagi pembelian vitamin untuk diri sendiri. Syukur..

Tidak mensasarkan lebih kepada bisnes sampingan ini, memandangkan saya masih belum kuat untuk memberi komitmen lebih kepada benda lain selain dari core-business saya sebagai pensyarah. Dengan peningkatan gaji dan pangkat (Alhamdulillah..) baru-baru ini menuntut saya memberi tumpuan lebih kepada bidang utama saya.

Sasaran saya biarlah seramai mana orang yang boleh mendapat MANFAAT dari pengambilan shaklee ini. Dan cadangan saya, sekurang-kurangnya setiap keluarga mempunyai satu Vita-C Sustained Release dari Shaklee dan chewable Vita-C untuk anak-anak. (hokey, ini baru promosi!)

sms/ whatsup 019-3816167 (ida) untuk details.

Monday, July 9, 2012

Saya cergas dengan Shaklee

Alhamdulillah, saya telah menemui alternatif kekal cergas terbaik (mungkin ada yang lebih baik) setakat hari ini yang sesuai dengan fizikal saya.. Banyak produk yang baik saya ada cuba, dan ada yang kurang sesuai dengan diri sendiri. Vitamin Shaklee yang terkenal ini membantu mengekalkan kecergasan saya.

Saya sangat gembira dengan produk-produk Shaklee terutama dengan beberapa produk yang saya ada ambil. Tidak berani untuk mencadangkan produk yang lain (kerana masih belum cuba), namun dengan yakinnya saya suka Enegizing Soy Protein dan Set Kesihatan Optimum yang saya sedang ambil.

Apa tu?

Energizing Soy Protein - Membekalkan tenaga, Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku dan otot.
Set Kesihatan Optimum - Vitamin C, Vita -Lea, dan B-Complex.

Tak perlu rasanya nak bercerita lanjut, kerana saya dengan gembiranya akan mengumpulkan TESTIMONI hasil pemakanan produk ini di blog baru saya..

Tara..

http://sihatcerdascantik.blogspot.com

Jom singgah.

Kesan paling menggembirakan :- Berjaya mengurangkan pengambilan kafein dari 3 - 5 cawan sehari kepada 1- 2 cawan sehari. Masih cergas seperti biasa. Alhamdulillah. 

Saturday, July 7, 2012

interview HLP

jumpa my bestfren lia, masa interview hari tu.

Dah hampir seminggu saya pergi ke interview itu. Baru hari ni saya ada mood untuk share pengalaman itu. Biasalah, sibuk menguruskan final exam student dan macam-macam hal lain.

HLP stand for Hadiah Latihan Persekutuan a.k.a biasiswa sambung belajar sepenuh masa. Saya rasa baru sahaja apply 2 Jun yang lepas.. terkejut pula bila dipanggil pada 3 minggu selepas itu. Kalau mengikut panggilan sebelum ni, hampir 3 bulan, baru dipanggil intervw. Segalanya adalah adhoc, nasib baik, kak Rafidah (kakak yang dikenali satu Poli satu tika dulu, berpindah ke Kolej Komuniti di perak) ada bagitau melalui FB. Emel pemberitahuan lambat, apatah lagi surat panggilan. 

Dipendekkan cerita, saya balik ke rumah ibu saya di Selangor ditemani suami, anak-anak dan mak mertua. Mengambil peluang sehari ini membawa mak mertua berjalan kerumah besannya sekali-sekala. Saya pergi ke Poli Shah Alam (tempat interview) menaiki kereta.. hampir 45 minit dari rumah. Trafik jam agak teruk, memandangkan ia adalah pagi waktu bekerja. 

Sebelum interview.

Interview diadakan di perpustakaan. Untuk calon yang mengambil kejuruteraan elektrik, dua bilik disediakan L1 dan L2. calon agak ramai, 13 orang untuk satu bilik. Saya adalah calon ke-5. Alhamdulillah, Allah memberikan satu nikmat tak terhingga kepada saya sebelum interview lagi. Penemuduga saya salah seorangnya adalah saya kenal, kakak pensyarah kanan yang bertugas di jabatan yang sama di POLISAS. Oleh itu, saya tidak berapa gugup walaupun seorang lagi penemuduga masih belum dikenali. 

Setiap orang yang keluar dari pintu bilik selepas ditemuduga, saya akan panggil untuk tanya apa soalan-soalan yang ditanya. Kesamaan ketara antara mereka adalah tentang proposal. Mereka akan bertanya lebih tentang proposal yang dicadangkan untuk biasiswa. Lega. 

Lega kerana saya sudah agak faham dengan content proposal. Mari saya singkap cerita lama, cuba cerita semangat sambung belajar saya pada 4 Mei yang lepas --> cerita mobile. Sudah hampir setahun sejak saya buat proposal ini, disebabkan niat untuk sambung part time. Tapi tak kesampaian sebab masa. Maka, saya harus memanjangkannya untuk full time study. 

Dalam interview.

Kakak yang saya kenali itu, penemuduga pertama meminta saya menceritakan tentang proposal.. Dalam bahasa Inggeris sepenuhnya. Alhamdulillah, saya sudah pun berlatih di rumah, bercakap seorang diri, macam org tak betul pun ada. hehe. Setelah habis saya menceritakan tentang proposal, saya ditanya tentang impact research saya kepada organisasi.

Penemuduga pertama komen research saya mempunyai skop agak luas, perlu diperincikan lagi tajuk proposal saya. Saya setuju dengan komen, nama pun proposal.. pasti ada penambahbaikan dalam projek ini. Bahagian mencabar saya adalah pada penemuduga kedua. Beliau bertanya tentang hal transformasi politeknik yang agak mencabar pengetahuan am saya tentang isu semasa. Fuh! berpeluh untuk saya menjawab walaupun dalam bahasa Melayu. Antara soalannya:

"Apa peranan anda dalam mentransform pelajar politeknik .."
"Apa yang telah anda lakukan dalam kelas bagi mencapai tujuan transformasi.. '

Saya benar-benar merasa soalan-soalan ini adalah satu cabaran, tambahan pula penemuduga pertama adalah seorang yang benar-benar mengenali saya dan tahu latar belakang saya. Ia benar-benar menguji kejujuran saya menjawab soalan. 

Hampir 40 minit juga, saya dalam bilik penemuduga. Secara keseluruhannya, saya agak berpuashati, dan mencuba yang terbaik. Hanya doa dan tawakal yang saya mampu lakukan. (mak aih, skemanya ayat.)

Bertemu dengan Lia (my best friend) yang sudah berpindah ke Kuala Terengganu sangatlah best. Dia rakan baik ketika kami sama-sama mendaftar sebagai pensyarah poli. Sama-sama menempuh susah sebagai GSTT. Lia yang meneman saya di rumah ketika suami tiada, dan saya sarat mengandung anak pertama. Rumah lia di kuarters dan rumah kakak nya di balok juga saya jejaki, bila suami tiada di rumah (ketika tu kami masih duduk berjauhan). Rindu pada lia. Sayaaaang sangat kat awak!

oklah. sampai sini cerita tak seberapa. Moga keputusannya menggembirakan. Ameen.