Saturday, January 22, 2011

Makin nak dekat due.. makin banyak keje..

sekarang dah masuk 36w. tambah tolak ada lebih kurang 3w before deliver.
khamis lepas, gi checkup. jumpa jiran a.k.a doktor.. (my jiran is a doctor), kak nida. scan perut utk tengok development baby.

  • berat: 2.7kg (confirm keluar 3kg lebih lg)
  • no prob. sihat.
  • jantina: confirm boy.

Alhamdulillah, moga Allah permudahkan aku untuk bersalin. nervous gak ni, cause bersalin yg kedua hari tu sangat terasa sakitnya.. tanpa ubat tahan sakit.

tetiba minggu depan ni, my schedule is FULL..instead of mengajar, ada 2-3 kerja sampingan kena setel. kena buat nota utk kursus..minggu depan due. kena gubal soalan FINAL subjek mengajar..

yang paling besar adalah.. PILIHANRAYA JPP. bukan aku jadi calon, cukuplah bertanding utk MPP masa kat UPM dulu.. kali ni aku jadi pembuat sistem e-undi. diorang mengundi guna komputer je.. takde kertas2 ni.

huh, sistem ni dah first time guna tahun lepas.. so, keje tak berat sangat la. edit sikit2 je. cuma gerun sikit. takut jadi apa2 kat sistem di hari pilihanraya nanti. huh, harap2 tak la.. satu lagi, takut2 baby nak kuar di hari2 menjelang pilihanraya tu nanti.

anyway, maybe Allah tanak bg aku fikir sangat saat-saat menunggu baby keluar ni.. bz sket la jadinya..

p/s sakit pinggang menjadi2..

4 comments:

haime said...

salam kak ida.. kuatkan semangat yer.. moga sumenya selamat.. aminnn

Ida Iar said...

moga2 sempat si fazlin naik keje dulu sebelum kak ida bersalin..hehe. apepun jaga diri elok2. moga2 selamat sumenye nnt,

norm said...

Assalammu'alaikum, Ida.
Sekejap benar masa berlalu dh 36wiks?
semoga semuanya selamat, Ida. both u and baby sihat, insyaAllah.

a said...

zu and ida: tahniah kedua2nya sebab selamat bersalin, wish me luck

norm: thanks, harap2 selamat..