"Alang, maklang dah takde.. maklang dah meninggal ..lang"
Ya Allah, meraung aku lepas tu. kesedihan menyelubungi aku, blank. Maklang, ibu saudara aku yang paling rapat.. kembali ke rahmatullah. Dengan tak malunya.. aku menangis tersedu-sedu di meja ofis ku.. menahan sedih.
Maklang yang jaga kitorang adik beradik masa kitorang kecik. ibu kerja, kitorang tinggal dengan maklang. itu yang jadi aku sayang kat maklang aku macam ibu aku sendiri.
rupanya ada hikmah aku berjumpa dia untuk kali yang terakhir isnin lepas. aku tengok dia lain macam je. mulut dia mengerang macam sakit.. tapi dia masih boleh bangun, berdiri berjalan dan buat kerja sikit2. aku tak pernah tengok dia menung aje kat tingkap, letak dahi di lengan.. berdiri lama kat tingkap. rupanya tanda dia akan pegi selamanya.. (Ya Allah, sedihnya)
aku pernah buat satu post khas pasal dia April lepas.. aku nak sangat 'paste' post tu kat sini.. sbb aku sayang kat dia. tak dapat nak cium pipi dia untuk kali terakhir.. huhu
"maklang adalah kakak kepada ibu ku.. umur dia 58tahun dah. sorang. takda suami dan anak. ni serba sedikit cerita hidupnya yang sayu. dulu, maklang ku andartu. sebelum dia kawen, dia duduk ngan ibuku, jaga kami adik beradik. masa dia jaga kami, akulah anak sedara kesayangan dia. kalau abang aku kacau aku, maklang aku marah dia.. kalau aku kacau adik aku pun, bukan aku yang kena marah. kalau aku nak aiskrim ke, nak coklat ke.. mesti dapat. adik beradik aku yang lain minta, tak dapat pun. hehe. umur dia dalam lingkungan 40-an, baru dapat kawen ngan seorang duda kematian istri. bahagia. mereka sempat menunaikan haji bersama sebelum pakcik aku tu kena strok. selepas dia kena strok..maklang aku yang uruskan. angkat, mandikan, bersihkan sisa kumbahan dan sebagainya.
anak-anak tiri dia tak amik tahu pun, sampaikan bilik yang maklang aku duduk dirumah anak tirinya pun, diorang bagi sebelah dapur. kesian je. masa pakcik aku tenat, maklangku setia menjaganya sehingga disaat akhir hayatnya, anak-anak tiri dia bleh pergi bercuti meninggalkan maklangku berdua dirumah bersama pakcikku yang tenat. maklangku pernah pesan agar tak payah pergi sebab ayah diorang tenat..tapi diorang stil pergi. ditakdirkan, pakcikku meninggal ketika mereka bercuti. maklang ku juga yang menguruskan jenazahnya seorang. kami, sedara mara datang menolong..sedih melihat nasib maklang.
selepas pakcik meninggal, anak-anak tiri maklang tak kasi dia duduk kat rumah tu lagi. diorang kata maklang nak amik harta ayah diorang, padahal harta pun tak seberapa sebab pakcik hanya kerja kebun je. maklang pun tinggal ngan nenek. walaupun, segala yang anak tiri dia buat kat dia.. dia still ingat kat diorang. aku ingat satu hari tu.. dia minta aku drive dia ke rumah anak-anak tiri dia.. nak jenguk diorang. sedih wei. lepas dia duduk ngan nenek, dia plak kena jaga nenek. nenek pun dah tak berapa sihat, dan banyak kerenah..maklang aku sabar aje. dia still angkat nenek, mandikan..jagakan nenek. sampai dia tanak gi mana-mana sebab risau takde sapa nak jaga nenek. kesian dia. ibu aku selalu pesan.. jangan lupa belikan apa-apa kat maklang sebab dia takde anak nak ingat kat dia.. aku patut care dia cam anak dia sendiri. (argh..air mata dah bergenang ni..isk..isk)rabu minggu lepas, dia admitted kat hospital sg buloh. sebab darah tinggi, kencing manis dan sakit jantung. dia tak makan ubat. alang-alang aku kat KL, aku pun jenguk dia. masa lawat dia tu, ada sesuatu yang sangat menyentuh perasaan aku..rasa nak nangis. doktor datang nak periksa dia. dia tanya ibu aku..aku ni ANAK DIA ke? ibu aku jawab.. tak, she's my daughter..dia takde anak .. (air mata dah jatuh ni..huhu). aku sedih sangat. tapi tak sampai nangis kat situ la. cover. takdelah aku nak bg maklang aku sedih. Ya Allah, berilah kesejahteraan kepada maklangku yang aku sayang. Golongkan dia di kalangan orang yang Kau sayang.. "
Ya Allah, cucuri lah roh maklang ku.. aku sayang dia.
maklang (baju hijau)
3 comments:
takziah, ida.
tersentuh membaca luahan tu...semoga beliau tenang disana, insyallah.
iye. moga maklang tenang..sama-sama kita berdoa.
Tumpang sedih...(wlopon dah terlambat) AlFatihah..
Post a Comment