Sunday, June 14, 2009

hari ni tak sama dengan isnin minggu lepas

hari ni budak2 sekolah kembali menyambung persekolahan
my hubby yang dah melepak di rumah selama 2 minggu (jeles wo), kembali bekerja

jalan kembali bz dengan kenderaan bersimpang siur, mak ayah hantar anak ke sekolah. aku pun tak terkecuali menghantar adik iparku ke sekolah. hari ni tak sama dengan isnin minggu lepas.

hari ni aku kena keluar 7 suku, minggu lepas 7.40pg pun sempat sampai ofis

rupa-rupanya, aku pun akan join mak ayah yang lain untuk menghantar anak ku ke sekolah tak lama lagi (setahun dua je lagi). wah, anak aku dah nak sekolah rupanya.. kena la belajar bangun lebih awal, buat breakfast untuk anak.

maka, bertambah lagi ilmu pengurusan rumahtangga untuk wanita bekerjaya yang perlu aku timba. tak semudah yang disangka. masa aku kecik, selalu merungut ibuku tak sempat buat breakfast, itu dan ini. mana nak sempat.. adik beradik ku 6 orang, lahir selang setahun.. sampai serentak 4 orang sekali nak ke sekolah..

sekarang dah jadi ibu, baru aku sedar..

apapun, am i should be mentally prepared? of course.

0 comments: