Tuesday, March 3, 2009

Manusia Paling Ajaib Imannya?


Bagaimana hebatnya cerita Slumdog Millionaire itu, itu hanya cereka berbanding pengorbanan seorang Perwira Terulung Sepanjang Zaman. Dialah contoh manusia sekelian alam, dilahirkan tanpa kasih sayang seorang bapa namun mampu menjadi manusia disanjung tinggi segenap bangsa.

Sempena ketibaan ulangtahun kelahirannya, mari kita hayati betapa baginda pernah berkata tentang..Makhluk Paling Ajaib Imannya. Cerita ini aku petik dari buku pada gambar di atas.

Siapakah makhluk Allah paling ajaib imannya? Nabi s.a.w bertanya kepada sahabat.
“Malaikat” jawab mereka.
“Bagaimana mereka tidak beriman dengan Allah sedangkan mereka sangat hampir dengan Allah?” jawab baginda.
”Para Nabi” jawab mereka lagi.
”Bagaimana para Nabi tidak akan beriman sedangkan wahyu diturunkan kepada mereka?” Nabi s.a.w membantah jawapan mereka.
”Kami” jawab sahabat lagi.
”Bagaimana kamu tidak akan beriman sedangkan aku berada di tengah-tengah kamu?” jawab Nabi s.a.w.

Betapa hairannya para sahabat mendengar jawapan-jawapan Nabi s.a.w. Nabi sedia maklum betapa mereka amat ingin mengetahui siapakah makhluk ini, yang paling ajaib imannya.
”Makhluk yang paling ajaib imannya adalah mereka yang hidup sesudah aku. Mereka membaca AlQuran dan beriman dengan semua isinya”

Ya Allah, semaikanlah rasa cintaku kepadaMu dan kepada Rasulullah, kekasihMu.

0 comments: