Artikel dari The Times yang diterjemah oleh Siti Suriani Othman dalam artikel rencana Berita Harian 27 Disember 2008
Kes ke- 10
Kes ke 10 paling ganjil di mahkamah Britain ialah denda sebanyak 70 pound (kira-kira RM450) yang dikenakan kepada ahli bina badan selepas latihannya membina badan disahkan sebagai tidak bertoleransi terhadap jirannya.
Alat angkat beratnya dikatakan mengeluarkan bunyi bising sehingga mencecah 100 desibel yang dilakukan setiap dua jam sehari. Mahkamah juga memberi amaran kepada ahli bina badan ini untuk tidak menggunakan mesin tertentu dan hanya menumpukan kepada aktiviti latihan angkat berat.
Kes ke 9
Kes kesembilan dalam senarai yang dikemukakan oleh Profesor Gary Slapper ini pula mengenai seorang wanita di Amerika Syarikat yang menyaman syarikat kosmerik L’Oreal selepas warna rambutnya berubah daripada blonde (warna rambut putih asli sesetengah individu Barat) menjadi coklat pekat selepas menggunakan pewarna keluaran L’Oreal.
Samannya dibuat berasaskan kepada kesan perubahan warna rambut yang sudah menjadikannya tertekan dan menyekat kegiatan sosialnya. Namun, kes ini ditolak mahkamah kerana wanita yang bernama Feeney ini dikatakan ’tiada fakta, tiada pendapat dan tiada piawaian’ untuk menyokong kesnya.
Kes ke-8
Dua wanita lesbian di Greece mengambil tindakan mahkamah untuk memenangi hak eksklusif dan membolehkan mereka diterima rasmi sebagai pasangan lesbian. Bagaimanapun, kes ini ditolak.
Kes ke-7
Kes ke-7 amat unik sekali. Di itali, pasangan kembar seiras menggunakan adiknya untuk menyamar sebagai dirinya dan membolehkan mereka mengeluarkan wang serentak di dua tempat berbeza.
Kakak kepada pasangan itu yang juga seorang peguam dan hakim sambilan menggunakan adiknya untuk menyamar sebagai dirinya untuk tujuan itu. Hanya selepas tiga tahun menjalankan kegiatan tidak bermoral itu,’tupai ini jatuh ke tanah juga’ selepas pelanggan mereka terdengar perancangan yang dibuat.
Kes ke- 6
Kes selanjutnya berlaku di Romania, salah satu negara di Eropah apabila ahli politiknya cuba melepaskan undang-undang berkaitan radio dan televisyen. Media massa disarankan untuk menyiarkan sekurang-kurangnya satu berita baik apabila menyiarkan satu berita buruk. Namun, mahkamah negara itu mendakwa bahawa berita tetap berita, tiada baik atau buruk. Berita adalah gambaran kepada realiti.
Kes ke-5
Kes kelima paling ganjil ini pula berlaku di Austria. Kumpulan hak haiwan menyuarakan agar Matthew Hiasl Pan, seekor cimpanzi diumumkan secara rasmi sebagai seorang manusia. Dengan hujah DNA cimpanzi 99.4 peratus menyamai DNA manusia, kumpulan hak haiwan itu mengharap agar Matthew diberikan status sama seperti seorang individu normal untuk membolehkannya meneruskan hidup selepas kehilangan tempat tinggal. Namun, mahkamah tidak dapat berbuat apa-apa memandangkan Matthew tidak boleh bercakap. (hahaha...)
bersambung....
0 comments:
Post a Comment