Friday, December 26, 2008

nak update gak la..

waa .. sebulan lebih dah tak update blog ni.
biasalah, keadaan yang tak berapa sihat ni.. loya2.
tak de mood nak buat apa pun.

actually, banyak event2 besar dalam hidup aku berlangsung selama aku tak update blog ni.
2 disember 2008 - bezday aku yang ke 27
16 disember 2008 - bermalam untuk pertama kali di rumah baru
22 disember 2008 - trip ke upsi semula untuk kali terakhir (yang ni tak best)

setiap daripada event tu aku ingat nak citer.. tapi mood tadek. jadi aku ringkaskan setiap satu.
macam biasa, bezday aku takde specialnya.. cam biasala, tak celebrate pun. tapi tahun ni aku dapat 2 gift yang paling aku syukuri. 1st, dapat masuk umah baru.. second, pregnant anak kedua. Alhamdulillah Ya Allah.

masuk umah baru memang best, tapi penatnya bukan main lagi. aku ke upsi ni pun, rumah kat pahang tu, belum ada rupa rumah baru lagi.. tak kemas lagi. dua tiga hari kat umah baru.. ada 'benda2' kacau. biasala.. masuk tempat baru. lagipun, malam kena kacau tu, aku lupa baca ayat kursi sebelum tido.. lepas baca tu, Alhamdulillah, takde apa pun.

ni sekarang aku kat umah ibu kat sg buloh.. cuti sampai 5 hari, tapi nak balik ke pahang, aku tak larat. nak naik bas pun, kang loya2, sapa susah. aku jugak. lagipun kereta atoz kat pahang tu rosak gearboxnya. rindu sangat kat afiq ngan abahnya. dua hari lepas, afiq tepon aku, nangis2.. nak kan ibunya. aku pun sedih gak. kalau bleh aku nak je gamble drive ke pahang.. tapi sabar jela.. setiap perjuangan ada pengorbanan.

boring betul pegi upsi ni.. tapi, nak buat camne, dah tanggungjawab keje. nanti, kalau amik master nanti, lagi lelah.. setiap kesusahan yang aku alami, jadikan diri ni lebih kuat sebenarnya. kalau sem lepas bleh dapat 3.9, sem ni pun bleh juga. insya Allah.

kat upsi ni aku ada buat assignment, buat biography. aku tak tahu la apa kaitannya dengan subjek yang aku amik ni.. tapi ntah apa angin pensyarah tu suruh buat biografi.. siap suruh letak gambar sekali. ikut je la..

pastu, aku ada scan gambar aku masa kecik.. sebijik macam muka afiq. jom kita tengok..

gambar aku masa kecik


gambar afiq (ada iras tak? :-) )

1 comments:

Anonymous said...

ya allah.sebijik nye mukee...siyes.mcm awak tu afiq plak mase kecik2