Pengalaman bersalin amin cukup berbeza dengan yang lain walaupun tanda sakitnya sama dengan masa melahirkan abid iaitu contraction.
Sehari sebelum sakit, saya dan suami ada pergi ke pesta buku islam di kuantan parade. Saya memang banyak berjalan, bukan setakat berjalan, mendukung abid yang berat mencecah belasan kilo.
Pagi 29 september jam 6 pagi, saya dah rasa first contraction. Bagitahu kat husband yang masanya utk saya bersalin dah tiba. Tapi untuk second contraction mencecah 20 minit. Saya pun capai komputer dan siapkan closing shaklee untuk bulan september sbb tak setel lagi. Haha. Sempat lagi tu.
Kami pun drive ke rumah kakak ipar untuk hantar 3 hero sementara husband akan teman saya ke hospital. Dalam perjalanan, saya dapat SMS dari customer yg bertanya pasal produk Shaklee. Takpe, baru tanya, tak close deal lagi. Sesampai ke rumah kakak ipar, sakit contraction tiba-tiba hilang. Sejam sekali pulak. Pulak dah. Tertangguh niat nak ke hospital. Lepas makan tengahari, masih lagi sakit menjangkau setengah jam sekali. Pada masa tu, saya terfikir, maybe anak yang bakal saya lahirkan ni akan lahir pada 30 september seperti abnag-abangnya yang lain. Afiq lahir 30hb Ogos, Arif lahir 30hb Jun, Abid lahir 31hb Januari.
Jam 3 petang, sakit contraction stabil 20minit sekali, dan customer yg bertanya tentang produk tadi nak kami hantar petang itu juga. Husband setuju teman saya hantar, tapi risau saya semakin sakit nanti. Saya kata lepas hantar barang, kita terus gi hospital. Haha, sempat lagi sakit-sakit tu gi hantar barang.
Menjelang jam 6 ptg, lepas hantar barang ke sg soi, kami terus ke hospital. Pada mulanya saya risau apa kata nurse sbb keadaan saya masih lambat lagi untuk bersalin. Betul tekaan saya. Selepas saya bagitahu saya sakit 20 minit sekali, nurse tanya saya dengan sinis..
" sakit 20 minit sekali? Bukan 10 minit sekali?"
Saya sudah jangkakan soalan itu, sbb saya ni nak bersalin anak ke 4, pasti nurse tu terfikir, takkan tak tahu bila masa nak dtg hospital bila contraction kan? Mestilah 10 minit atau 5 minit sekali baru datang hospital. Muahaha. Lantak le. Saya pun terfikir, kenapalah sya nak kena datang awal sangat. Rupanya takdir Allah mengatasi segalanya.
Lepas cek jalan, as expected baru 1cm sahaja bukaan jalan. Doktor pelatih tu pun nasihatkan saya utk balik rumah dulu. Saya senyum aje. Sementara tunggu result, saya dah mula sakit 5 minit sekali. Lepas cek jalan tadi, rupanya menyebabkan contraction saya semakin kerap. Solat maghrib saya pun terganggu dengan beberapa kali sakit contraction. Sebelum mereka bagi keputusan antara saya balik atau stay kat ward, saya diperiksa lagi dgn doktor lebih senior. Rupanya jalan saya dah terbuka 3 hingga 4cm dalam masa kurangsejam, dan air ketuban pun sikit.
Saya dinasihatkan untuk duduk ward sementara tunggu nak bersalin. Masa tu contraction dah macam tak terbendung sakitnya. 2 minit sekali. Saya tak sempat nak baring kat katil ward pun, punyalah sakit contraction, sampai saya tanya kat nurse, " sakit berapa minit sekali boleh masuk labour room?" Baru saya perasan, selama ni saya bersalin ketiga-tiga anak saya, semua kena induce. Tak pernah lak rasa sakit kuat di ward. Masa sakit 2 minit sekali, semua kat labour room.
Doktor cek jalan saya lagi sekali bila tengok saya sakit sangat. Ya, dah 5-6 cm dah dalam masa beberapa minit. Masa tu, nurse dah gi cari wheel chair, lepas tu suruh saya call husband bgtau saya akan ke labour room. Call husband tak angkat, saya dah tak larat nak tahan sakit, terus di tolak ke labour room guna wheel chair. Masa sampai kat labour room, nurse suruh tukar baju, siap kena tegur suruh cepat sikit takut baby terkeluar plak. Org tengah sakit ni..biasalah lambat sikit. Fuh, saya cabut tudung main campak ikut dan aje.. haha. Maaf la nurse ye.
Dalam labour room, rasa sakit bertambah-tambah. Macam biasa, sampai menggigil-gigil badan tahan sakit. Masa ni saya tahan mulut supaya tak terkeluar suara saya mengerang sakit macam dulu. Sebab dulu, saya terkeluar suara, siap kena marah. Org sakit memnag tak terkawal dah kan.. hehe.
Tak sampai 10 minit, saya rasa perut kempis sebelah atas, memang baby dah bersedia nak keluar. Rasa dah nak meneran dah, nurse pun tak sempat nak pasang CTG bagai. Saya pun panggil nurse, rasa dah nak meneran. Contraction serta merta hilang, azab lain sedang menunggu. Untuk keluarkan baby. Saya dengar suara yg sangat familiar ada kat belakang saya, suara suami dan tangan saya dia pegang, kepala saya dia belai.
Masa nak meneran, nurse baju biru yg sambut. Azab sakit hanya Allah yg tahu. Cabaran yg kuat masa meneran adalah ketika nak keluarkan kepala, satu lagi nak keluarkan bahu. Suami tak henti-henti lap peluh saya kat dahi dan bagi semangat. Akhirnya, jam 10.18malam, Muhammad Amin pun lahir dengan berat 3.4kg. First time, selepas setengah jam saya melahirkannya, nurse letak terus di tepi saya untuk menyusu. Amin sangat pandai menyusu, dan breastfeeding jouney saya bersambung semula selepas 9 bulan terhenti.
Kemudian, nurse keluarkan darah beku dari rahim. Banyak katanya, dan say perlu dijahit kerana kulit saya special, terkoyak kerana sangat lembut. Baby belum keluar, dah koyak dulu kata nurse. Saya berserah sahaja.
Memang melahirkan baby Amin paling special dari yang lain, lebih mudah, lebih cepat dan paling saya suka, tak kena induce pun. Husband pun cakap yang ini lebih cepat, biasanya dia kena tunggu sampai at least 4 jam baru baby keluar. Alhamdulillah. Mungkin kebetulan, kali ini saya makan produk Shaklee dan saya teruskan makan untuk berpantang pula. Sempat promote lak tu. Ngeee.
Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah..