Thursday, June 24, 2010

am i should hire a maid?

terfikir soalan ini setiap kali 'terlepak' keletihan menyediakan dinner lepas abis waktu keje.

abis keje dah 5.30 ptg. sampai ke rumah boleh capai 6.00 lebih. biasanya, tak lepak dah..schedule keje dah tersusun kat kepala.. nak buat mana satu. yg penting kena defroze bahan mentah utk dinner.

mengharapkan agar abahnya tak ke mana-mana utk mengawal 2 hero yang aktif.. terutama hero si kecik supaya tidak merangkak ke dapur. abis masak, kul 7.30 baru bleh duduk. ops, belum lg. suap si kecik dengan buburnya. sambil bergilir solat maghrib dgn abahnya. itupun kalau abahnya takde tuition.

kul 8.30, memang dah terlepek keletihan. ni belum anak dah sekolah. nak teman buat homework lg. pastu terfikir..

"best kan kalau ada maid"

yg menambah keinginanku juga..both of my sisters dah ada maid. sejak dah pregnant ni, lg tak larat buat keje.

camne ye..

Wednesday, June 23, 2010

programming project..

the above pics shows the upgraded version of my programming system using VB.

Alhamdulillah, walaupun dihentam dan dikritik dalam meeting kerana sistem e-amaran yang lepas, aku perlu bangkit semula. kalau nak ikutkan hati, nak kuburkan aje sistem ni (inna lillah)

but sokongan, motivasi dari kengkawan menguatkan semangat semula, walaupun harus dipulihkan hampir beberapa bulan (merajuk..). akhirnya, second version of e-amaran is developed. huh, seminggu memikirkannya. apapun, ada lagi yang nak dibetulkan, dan diperbaiki.

a few of my colleagues pun ada jumpa, nak menuntut ilmu buat program, kecik rasa diri yg tak berapa pandai pun.. but still i'll try to help them semampu mungkin. paling tidak, lepas ni boleh la buat team inovasi software.

maka tercetusla idea untuk membuat buku...sendiri2 punya, so that lepas ni kalau ada yang nak minta ajar.. dah ada sumber rujukan. kalau ada nak buat kursus pun, ada dah handout/nota..

p/s: ada hikmah atas semua yg terjadi.. jangan putus asa dengan Allah.

Thursday, June 17, 2010

org baru.

ramai yg dah tahu. so, bleh la bgtau kat blog.
hehe. i'm pregnant.
this time seems different.
sebab bz dengan keje atau benda lain kot
, morning sickness tak berapa rasa.(alhamdulillah..)

this time pun rasa ngada2 nak makan itu ini.
semalam, ternampak durian.. minta hubby belikan
mengeluh juga dia..sebab 3 biji je dah rm20 lebih
memandangkan istri dia ngidam (jarang ngidam apa2 pregnancy yg lepas)
terpaksa beli.

dapat rasa 2,3 ulas jadi le.
pastu ngidam meja laptop..ternampak kat kedai perabot tu.(ada ke org ngidam gitu..)
hubby kata, "nanti kita beli"
isk. pikir2 balik, ngada2 betul ni..

anak first nampak macam independant dan manja2 sikit..sebab masa ngandung, duk jauh sekejap ngan hubby
anak second nampak tinggi analytical thinking sebab masa ngandung dapat siapkan satu projek@sistem a.k.a. software..3 weeks before deliver bole bagi kursus programming..deliver pun masa second day berkursus multimedia (sapa ingat cite ni--> pengalaman bersalin)

third ni.. will be a very influence leader..haha sebab ibu dia tengah gile kuasa..semua kerja nak buat kat ofis tu..takde keje pun cari keje.. biarla org lain nak ckp apa pun.. (haha..gaya gelak watak jahat filem melayu dedolu)

isk.isk. dah mengarut le tu. maafkan je la.. biasale pembawakan budak.


dari http://www.pregnancy-calendars.net/week5p.aspx
katanya..week 5, baby baru besar anggur..

Wednesday, June 9, 2010

belajar menjahit..

hari ketiga cuti dimanfaatkan dengan belajar menjahit. menjahit apa? baju kurung dan baju kurung riau sampai pandai. unlimited hours. fee dia RM150. ok tak?

ni belajar pun dengan orang persendirian. kak sarah namanya. belajar dengan 3 kawan yang lain. asalkan lepas baju sendiri ok la kan. kalau rasa ada masa free boleh je pegi umah dia. flexible..kecuali hari isnin dan jumaat, dia ada kelas kat KEMAS.
suzi dan ros khusyuk jahit

for first day, kitorang belajar camne nak ukur badan.. bahu, panjang tangan, lebar tangan, perut, pinggul.. macam2 la. pastu belajar camne nak buat 'mata lalat' kat leher. asalnya nak belajar dah cara potong kain, tapi 2 kawan lagi tak bawak kain, tunda la esok.

esok pun kak sarah nak ajak tgok mesin jahit. hehe. hubby dah bagi green light nak beli mesin jahit. wah..best..best..
sample hasil pembelajaran

p/s afiq and arif's junior is coming.. hehe

Monday, June 7, 2010

weekend lepas balik KL

balik KL memang ditunggu2.. iyelah balik umah parents kita.
ada 2 important benda happen kat sana.

first: wedding erna (my offismate)

hari ahad lepas, aku ditemani hubby ngan anak-anak ke gombak attend wedding erna. alang-alang balik KL, mestilah kena singgah.. tak lah jauh sangat dari sungai buloh.. tapi berpuluh minit juga lah nak cari rumah dia..

erna anggun dengan dress tema pink and white

first time dapat doorgift coklat yang sangat sedap

second: aku dapat anak sedara baru

my sister bersalin anak ke-tiga.. yang ditunggu-tunggu sebab 2 anak sebelum ni, lelaki. yang ini perempuan..
bersalin kat swasta, Putra Medical Centre .. unexpectedly, hari kedua.. dia tumpah darah. Huh, kena masuk darah beberapa pain.. Hb dah tahap terendah.. 5.0 je. abang ipar kata, bersalin normal kat situ RM1.8k.. without any complication. tapi, dah nak jadi macam ni.. berganda-ganda la fee dia. nak buat camne

abang ipar kata, punca dia tumpah darah tu sebab rahim tak mengecut.. tak tahu sebab apa.. cant be explained(my BIL is a doctor).. but still dia bebel sebab my sister tak makan ubat tambah HB tu.. tu yang menambahkan teruknya.. wahai ibu mengandung sekalian, janganla tinggal makan ubat yang doktor bagi tu.. sepahit mana ubat tu, ada baiknya..

semalam, masa nak balik ke kuantan.. baby baru dia still takde nama lagi.. nak bg nama Alia katanya.. ntahle. tunggu je la.

p/s.. bermula cuti, berehat bersama keluarga..

Thursday, June 3, 2010

Face it

don't know how to explain. its really hard to bear.

i've got problems at my workplace. yes, everyone has problems. but for me, its really hard to face.terlalu berat rasanya.

lumrah manusia, bila kita susah, kita akan kembali kepada Tuhan. aku hambaNya yang lemah juga begitu. Allah sentiasa menguji hambaNya sebab nak hambaNya ingat padaNya. Aku pasrah.

my husband macam perasan aku ada masalah, but i can't tell him..seems for me its not a good choice. he won't understand the situation. untuk first time, aku tak bgtau dia (sorry abang).. mata asyik 'bocor' je malam tadi.. tapi kena pura-pura OK sebab i have family members to be entertained.. masalah kerja tak boleh dicampuraduk dengan private life. betul tak?

i start the day with solat hajat and yasin, may Allah smooth my day. cause i have to attend the meeting (that i dont want to..). I pray to Him that i may face the problems with patients..

Alhamdulillah, He really help me. And the meeting is over..

"When you set out with a plan in life and doesn't go quite right, it's because God has a better plan for you"

p/s aziyana, akak amik words ni dari cerita yusuf Islam dalam reader's digest Jun 2010 awak

Monday, May 31, 2010

potty training.

when i fetch arif and afiq at their taska yesterday, their pengasuh told me.. afiq dah 3 kali terberak dalam seluar. sampai kena pinjam baju kawan dia. biasanya, kalau kat rumah, he will asked me to put on his diaper kalau dia nak berak. buang air kecil dah ok.

dan kalau kat taska, for this while, dia tahan.. kat umah baru dia berak. maybe yesterday he cannot stand anymore. i asked them if he got diarrhea.. but they said his poo seems normal. tak macam cirit birit pun.

huh, pening juga. dulu, ada juga ajar ke toilet.. tapi dia penggeli. bila suruh dia cuci lepas buang air guna left hand dia.. dia kata:

"tanak, nanti tangan afiq kotor"

isk.isk. so, semalam masa ambil dia.. pengasuhnya kena pakaikan pampers sebab takut terberak lagi. but then, afiq is expected i will scold him.. tapi aku tanak bagi dia lagi rasa bersalah. he already crying when he saw me.

i just calm him down, bagitau yang aku tak marah pun dia. tanya dia elok2.. secara tak langsung ajak dia gi toilet bila sampai rumah. still..3 kali duduk atas toilet bowl tapi tak buang apa2 pun. takpe, at least dia dah tak takut duduk atas toilet bowl.

so, malam tadi agak letih sikit sbb kena memberus 3 pasang bajunya yang tercemar, campur baju kawan dia yang dia pinjam..kena pulangkan semula hari ni. dan aku bekalkan 2 kid's brief kat dia..kalau dia terberak pun, tak terus jatuh ke lantai macam semalam..

kat facebook, aziyana ada bg satu laman web berguna tentang potty training.. tak dapat nak kongsi kat sini sebab ni guna wireless ofis. tak leh buka FB. anyway, thank u.

antara pesanan dlm website tu (kalau tak silap anaksoleh.com), kita kena ambil cuti seminggu untuk train anak membuang di toilet. ya! i'll plan for it.

being a mum is a gift, its price is restless..(words from ifaz)

Sunday, May 30, 2010

weekend's activities

rasa macam dah lama tak update blog pasal aktiviti weekend. ntah apa yang disibukkan sangat pun tak tahu la..
so, these are a few activities on last weekend.. 3 days cuti. macam biasa, hari jumaat petang balik jengka, amik stok tudung.. untuk bisnes.. tghari sabtu dah bergegas ke kuantan semula untuk attend wedding best fren, sheda

SELAMAT PENGANTIN BARU, SHEDA.

dari jengka tak singgah pun rumah, terus ke wedding sheda. hubby dah pesan bawak siap2 baju kurung ngan present untuk sheda ke jengka, sebab nak terus singgah rumah dia.

sheda sangat cute. warna tema silver pun sangat cantik. congrates. pn sheda.

Hari ahad plak, ada wedding kawan hubby plak kat beserah je. pastu kitorang ke Parkson di megamall. hubby suruh cari handbag baru. hehe. sukanya.. dia kata handbag hari tu dah terkeluar besi tepinya.. hehe. aku tak kisah sgt, asalkan duit tak cicir dah.. (tak kisah ke?..hehe)

pastu singgah McD. my 2nd hero duduk atas patung McD. ingatkan dia takut, tak takut pun.. abang dia yang takut. siap snap a few pics arif kat atas tu, abang dia baru berani nak dekat.. itupun ketuk2 patung tu dulu, takut gerak.. haha..

dah balik ke rumah dengan senang hati, gumbira tak terkira. dapat handbag baru. pierre cardin. dtg keje dengan gumbira..sampai tertinggal benda penting.. laptop tertinggal, kena patah balik amik laptop. isk.isk.
p/s hari ni rasa nak demam..

Thursday, May 27, 2010

nak tuka tempat keje rasanya..

geram ni.
ntah le, apasal le bos aku tu macam tu..
selama ni aku diamkan aje, mengIYAkan aje
apa yang aku kena..
but not anymore.

aku buat macam2 untuk department.. apa aku dapat.
hari tu aku VOLUNTEER buat sistem using programming..
kena hentam terus dalam meeting.
padahal bukan masalah besar pun timbul dari sistem tu..
ckp elok2 tak boleh ke.
kalau tegur, tapi reti buat takpe..
bos pun bukan reti nak appreciate..
lagi nak sokong org tu adala..

MANA TAK SAKIT HATI

nasib baik dapat pegi induksi + BTN, far away from ofis
tenang sikit (Allah Maha Mengetahui perasaanku)

aku buat program..
aku bagi kursus.. (diulangi BAGI KURSUS, bukan attend kursus)
aku uruskan pengurusan aset jabatan.. sorang satu potfolio
(bila minta pembantu kat potfolio, tak bagi plak)
bila aku tanya SKT, tak sampai 85%.

apa lagi nak kena buat supaya aku dapat prestasi baik?

dulu aku keje swasta,
keje bagus, income syarikat naik..
dapat projek lebih..
dapat elaun/komisen lebih..

keje ni, kena pandai 'kipas'.
tiap2 hari kena jumpa bos, repot buat keje
(walaupun, tak buat keje pun)

aku TERLUPA jaga exam,
dan hanya terlewat ..
KENA SURAT TUNJUK SEBAB?

wat the HELL..

memang dah biasa buat surat tunjuk sebab
(bos macam tahu2 je saya biasa buat surat tunjuk sebab)

tanak masuk PUSPANITA, pun kena surat tunjuk sebab
budak ramai FAIL, pun kena surat tunjuk sebab
terlupa jaga exam pun kena?

Pegawai exam poli pun kata takda apa2 tindakan yang perlu dilakukan,
kenapa department ada masalah..

sebab ada PENDENGKI TEGAR..

oho, tension.. tension..

Wednesday, May 26, 2010

HA.. BERTUKAR!

waa.
penat cari blogger template ni.
mana yang sesuai.

tertunda semua cerita.
yang ini ok x?