Wednesday, May 4, 2011

manage stress

Memandangkan aku akan mengalaminya, maka di sini aku nak kongsi tips to reduce stress.


1. wujudkan suasana menyenangkan di sekitar anda. Letak gambar pemandangan atau wallpaper yang menenangkan di komputer.
* aku letak gambar my three angles..afiq, arif and abid

2. Buat senarai Nak Buat Mende (To-Do-List). Guna Post-It Note, atau alarm pada komputer atau handfon..yang penting kita tahu apa nak buat dulu.
* yg ni memang berkesan pada aku, tapi selalu tak terbuat.. tak sempat kot

3. Masa Rehat (Time-out). buat perkara yang meransang minda. yang merehatkan. memberi ruang kepada diri sendiri untuk 'bernafas'. Baca buku yang memberi inspirasi ke.
* yang ni aku memang selalu buat (lebih banyak masa rehat dari keje kot..). suka main game ngan baca majalah.

4. Susun semula meja kerja. Mungkin boleh letak frame family atau santai.
* idea yang bijak.. hmm

5. Meletakkan tanaman. Tanaman boleh memberi kesan penenang paling berkesan.
* dulu ada. abis cuti bersalin, ia telah kering dan.. innalillah..(lupa pesan kat kawan suh siramkan)

6. Bersenam. Aktiviti fizikal boleh bantu hilangkan tension. Masa bersenam, badan akan keluarkan hormon endorfin yang bantu kita relax.
* Berkejar ke sana ke mari di rumah menguruskan rumah, rasanya cukup ke?

7. Kemas tempat kerja. Kalau bersepah, lagi stress kan? buang apa yang tak perlu..
* yg ni yang den lomah ni. sapa yang kenal aku, tahu camne tempatku. (malu..)

8. Adakan 'sempadan'. Adakan limit bila kita lebih santai berborak (a.k.a bergosip) dengan kengkawan dan bila kita tak boleh diganggu.
* susah juga kan?

9. Kurangkan pengambilan kafein. Kafein memang sumber peransang (stimulant) yang baik, tapi ia juga boleh menyebabkan stress.
* sorryla, ini takleh nak elak. i'm coffee-holics

10. Makan pagi yang berkhasiat. kajian menunjukkan pengambilan bfast yang baik akan membekalkan protein yang lebih untuk bekerja.
* YA. saya tak boleh tinggalkan makan pagi.

gudlak.

mobile..

today dah masuk 2 hari aku kembali bekerja.
hari pertama..
penat.
sangat.

hari pertama penat sebab kena uruskan markah student
yang paper diorang baru abis
21 org gagal.
dari 40 org
agak teruk.
susah kot.
first time paper FINAL takde dwi bahasa
semua in English
pasrah la ye.
menyiapkan beg2 hero2 ku untuk ke taska-standby atas kerusi

nextday (means hari ni..)
awal2 pagi aku dah travel
jauh nuun ke UMP
jumpa bakal SV
bakal??

hehe.. ya!
aku akan sambung blaja
buat master
secara part time
by research
di UMP

dr yang aku jumpa namanya dr hamzah
baru abis phD di Jepun
dipendekkan citer, aku bincang tajuk untuk proposal masterku
dr hamzah sangat supportive
dia bidang robot
so, aku pun kena ikut bidang dia (walaupun asalnya aku bidang control)

dia bg aku tajuk 'mobile robot localization'
untuk aku study dulu apende mak nenek mobile robot tu..
localization tu hape..(macam tak pernah dengar)
cadangnya dia nak aku buat controller robot..
aku setuju je.. (perasan paham..padahal blurr)

dengan gumbira hati, satu misi telah selesai
SV dah bg timeline dia..kena siapkan proposal b4 ogos (sept dah daftar masuk)
dia pun ada bg encouragement..nak masukkan aku ke mana-mana conference
present paper kat mana-mana
I LIKE..

balik dari UMP, aku gi jumpa encik suami
sbb tag card ada dalam kereta dia.
serempak ngan lori terbalik
jam sekejap

lori terbalik..(sempat snap gambar)

lepas jumpa encik suami, balik umah amik kasut arif
tertinggal
gara2 kelam kabut pagi (mcm biasa)
kepala tak fokus.. asyik risau camne nak ke Pekan(tak pernah drive ke sana)

letih drive
asyik mobile aje
rasa dah macam mobile robot..(hik hik, semangat tajuk baru dapat)

ok, nak siapkan beg mereka
chowz

Monday, May 2, 2011

my first morning of work

a short entry.

this morning, kelam kabut as expected.
kerana hari ini hari pertama aku bekerja
selepas 3 bulan cuti
uwaaargh..

banyak betul beg nak kena siapkan
beg abid, arif, afiq
beg untuk breastfeed.
itu belum campur beg laptop dan beg tangan.

my atoz is full.
tempat duduk depan ada bakul abid
carseat arif kat belakang
sebelahnya afiq nak duduk
beg2 yang banyak tu
perlu dihimpit2kan di belakang
sian afiq

kerisauan paling tinggi adalah abid
dia nak minum guna botol atau tak
takpe
aku akan ke taska tghari ni
menjengok

apapun, ada kerja menanti
chow.

p/s : wish me luck

Friday, April 29, 2011

bukannya tak bagus..


semalam, sambil melayan perasaan di bilik.
dengar ikim.fm.
satu cerita teladan
lebih kurang camni la aku olah sikit setakat yg aku ingat.

satu tika dulu ada seorang wanita tua
tinggal di kampung
setiap hari, dia akan mengangkut air dari sungai
dia ada 2 timba, satu elok dan satu lagi retak
dia akan kandar (letak kayu di bahu) 2 timba untuk angkut air

wanita ni akan dapat air penuh pada timba yang elok
tapi, air pada timba yang retak hanya separuh.
satu hari, 2 timba ni berdialog
timba elok berkata kepada timba retak
"aku bagus, dapat menolong tuan kita angkut air..tapi kau retak..boleh bawak air sikit je"
timba retak rasa serba kekurangan
mengadu pada wanita tu

wanita tu menjawab
"sepanjang jalan dari sungai kerumah..
ada taman bunga yang cantik
kau dah menolong aku menyiram bunga2 itu
dari air yang menitis akibat retak itu
aku sengaja meletakkan biji benih bunga sepanjang jalan
supaya dengan air yg menitis itu
boleh menyebabkan bunga2 itu tumbuh
dan aku boleh mengambil bunga2 itu
sebagai hiasan rumah dan menggembirakan hatiku"
kita semua hebat
mungkin kekurangan yang kita ada menyebabkan kita unik
jgn rasa rendah diri
setiap yang ditentukan oleh Tuhan
ada hikmah tersendiri..

cuma siapa yang tahu? Dia Lebih Mengetahui.

Wednesday, April 27, 2011

ada apa dibelakang rumah..

rumah ku ada sedikit tanah dibelakangnya. agak luas untuk bercucuk tanam. actually, aku sangat minat berkebun (mcm tak caya kan?). tapi tadek kesempatan (berkebun kat FB je rajin).

semalam nak masak tomyam, so pegi menuai hasil tanaman dibelakang umah.. amik daun limau purut ngan serai aje pun. so, sempat snap beberapa gambar. tak amik masa lama sbb nampak kera baru turun pokok dengan anaknya. takut dijerkah kera..cepat2 masuk umah.
pokok mangga, berteman kunyit disebelahnya..

pokok kunyit
(selalu amik daun kunyit masa masak rendang)
daun limau purut
(selalu petik daunnya buat masak)
sebelah pokok mangga, pokok limau nipis (tak berbuah2 lagi, dah setahun umurnya)
sempat amik gambar pokok bende jiran umah sebelah
serai (paling banyak berjasa)
nampak tak pokok pandan yg macam malu-malu nak idup tu?

ada satu lagi, daun kesum dalam pasu. kat depan, tak amik gambar lak. semua2 sayuran tu selalu dipetik@dituai sikit2 je.. kalau beli kat kedai kena beli banyak sekali gus. nak guna sikit je kan.

untuk pengetahuan u all, semua ni kebanyakannya bukan aku yang tanam, mak mertua yang tanam. yg aku tanam (daun sup contohnya) tak panjang umur..(alasan!).

orang kata, nak tengok tanaman tu menjadi ke tak, kena tengok tangan yg menanam jugak kan.. my MIL memang 'tangan sejuk'. semua menjadi bila dia yg tanam.. (alasan lagi..)

sapa nak minta sikit tanaman ni, meh dtg umah.

chow.

Tuesday, April 26, 2011

kerja..kerja.. lala

minggu depan sudah kerja.
yeay!

my maternity leave sudah abis
selamat bekerja untuk diri sendiri.

full time lecturer.
part time businesswoman.
and
becoming part time
master student.

semua benda aku nak buat.
tamak betul.
haha.

nampak berat, but my husband gave GREEN light
harap2 termasuk green light untuk tolong jaga anak (apa? hehe..)
iyelah.. hero-hero nya yang aktif
dan menggembirakan
dan mengujakan
serta menguji kesabaran.

afiq,arif dan abid
sila behave
ibu nak buat keje.

kerja..kerja.. dan kerja.. lala

Monday, April 25, 2011

Nak tahu orang tu tipu atau tak?

rasa-rasa korang tahu tak camne nak detect seseorang tu TIPU atau tak?

cuba cek..
1: Tengok gerak tangan: kajian menunjukkan orang yang menipu mudah pegang mana-mana bahagian muka atau garu hidung ketika bercakap.

2: Tengok matanya: orang yang tipu akan banyak berkelip mata dan akan elak 'eye-contact'

3: Tengok senyumannya: orang yang bercakap benar akan guna banyak guna otot muka, penipu hanya tarik senyum di bibir.

4: Tengok posture badan: orang menipu biasa buat 'closed-posture body' contoh peluk tubuh, atau secara tidak sedar akan letak sesuatu objek di antara dia ngan kita.

5: Dengar penerangannya: jika dia menjawab soalan kita lebih dari sepatutnya. berwaspadalah..

(siap ada movie sekali)

**cuba kita tengok ahli politik atau artis diinterview, rasa-rasa bleh apply tak ilmu ni?

Sunday, April 24, 2011

APA? seminggu lagi..

APA? seminggu je lagi nak cuti?
s.e.m.i.n.g.g.u..
seminggu ada 7 hari
dan aku ada extra cuti sehari
sbb
1 mei jatuh hari Ahad (sila semak kalendar)

1 mei cuti umum, dibawa ke isnin
maka isnin pun cuti.
aku pun akan memulakan perjalan kerjaya aku pada selasa.

apa perasaan?
lega. best. puas. dapat cuti lama.
perasaan rasa nak cuti lagi memang ada.. (biasala.. semua org camtu..yeke?)
dan tak sabar plak nak naik keje (eceh!)

pelbagai keje sudah menunggu. seronooottt.
paling 'best' adalah kena tanda paper FINAL
second 'best': kena mengajar short sem, tajuk paling aku TERER plak tu

mental dah prepare.
sbb ni dah masuk kali ke3 aku cuti bersalin.
coraknya sama.
after naik cuti..Seakan-Akan segalanya TIDAK indah
jadual yang tak best tula kita dpt
apa yang orang lain paling TANAK mengajar la, kita bertuah dapat.

"ha hamikk, dah banyak rehat kan? so, time to WORK".. (perasaan aje..jgn terasa)

my abid will join his brother, Arif.
sejak 2 minggu lepas, dah ajar minum guna botol
masih tak berjaya sepenuhnya
dia akan minum kalau dia betul2 lapa
its OK.
asalkan minum sikit.
masa keje nanti, aku kena direct Feeding lak masa tengahari.

Oklah. dah lewat malam ni.
ada lagi nak cerita.
sambung entry lain
chow

++pesanan utk diri sendiri dan rakan2..berapa kali kita ucap Alhamdulillah hari ni?
Alhamdulillah..

.my angels.

Wednesday, April 20, 2011

breakfast..

sejak ada blog jualan baru ni, blog ini sedikit terabai.
so, jom singgah


alkisah, hari ni aku nak bfast western. (hua hua)

this is what i'm craving for. kfc bfast. new! wowee.
aku pun cari kat laman web dia.. http://www.kfc.com.my/breakfast-menu.php
dari kul bape ke pukul bape menu bfast ni (skema..)
tak jumpa pun. (korang ada jumpa..?)

belasah la.
rasa2nya macam mcD kot. dari 4 pg sampai kul 11pg.KOT

ok.
dengan si budak kecik abid yg dalam bakul,
aku pun lalu kat drive-thru KFC telok cempedak
(tengok mood abid yg ala-ala nak tido)
abid mengizinkan ibunya nak makan western hari ni.

unfortunately,
aku punya tercongok kat depan kaunter,
rasanya ada sticker OPEN 24 hours..(am i at hour of 27th?)
takde pekerja dtg
TIDO BARANGKALI

boring ar.
setelah beberapa hari terasa nak makan KFC
kesannya, aku takmo gi KFC TC lagi
hampeh.

akhirnya.

.
.


bfast mcD lagi sedap.
sambil layan FB

Tuesday, April 12, 2011

berkira tentang masa depan

if u fail to plan, u plan to fail.

ini cerita tentang kerja.
oktober 2005 hingga april 2011, aku berkira-kira bila la aku akan mendapat title SAH dalam keje.
bagaimanapun aku bersyukur masih ada kerja berbanding orang yg sedang mencari2. hampir 6 tahun di jabatan ni, mungkin boleh dikatakan wajar aku ada sedikit bosan.
dan aku perlukan angin baru.

ramai di kalangan kawan-kawan sudah sambung blaja. secara part-time.
aku juga sedang berkira-kira. sememangnya itu satu cita-cita.
walaupun aku faham, lepas abis blaja ni,takde jaminan ada apa-apa keistimewaan dari politeknik untuk pensyarah master..takpe. ia satu kepuasan diri.

cita-cita untuk dpt biasiswa full time perlu dikuburkan,
kat website KPT kata, lantikan aku masih tak layak (ampeh ar).
aku akan try untuk PhD nanti (peh!)

persoalannya.
adakah aku bersedia? mentally, physically, financially..
adakah aku mampu? dengan 3 SATRIA yang akan turut sama berjuang..

yang penting, aku cuba! dengan izinNya..