semalam, masa nk tido ada ulangan siaran
Tanyala Ustaz di TV9. giliran
ustaz zaharudin bercerita tentang kewangan islam.. rupanya banyak sangat ilmu yang selama ni aku tak tahu, ustaz bgtau..
walaupun sudah mencecah satu pagi (yg esoknya nak bersahur..), ku gagahkan mata utk tengok gak.. antara perbincangannya adalah:
1. dividen KWSP kita tak sepenuhnya
halal, telah diakui oleh orang besarnya.. secara AKADEMIKnya ustaz bgtau, kita bertanggungjawab tanya dekat pihak KWSP berapa bahagian yang tak halal, dan
sedekahnya kepada faqir miskin. 2. Kita ada mengamalkan riba tanpa kita sedari..
KAD KREDIT. Biasanya Kad Kredit bank konvensional ada caj interest (itula
riba).
- ada juga yang tanya, kalau kita guna kad kredit tu, pastu kita
bayar terus sebelum kena caj camne? ustaz ulas, masih lagi
HARAM, sebab kita masih menyumbang kepada syarikat tu.
(balasan riba di akhirat
DAHSYAT juga.. takut dengar ustaz bgtau, selama ni tak tahu pun, walau sekecil RM0.20 pun still riba..)
3. Kita boleh kenakan caj
lebih 100% dari modal jualan (ni kalau org berniaga), contoh kalau kita beli barang harga RM1.00, jual balik Rm2.00.. DENGAN SYARAT, harga jualan tu adalah HARGA PASARAN.
-tak tahu plak benda ni, yang aku pegang takleh jual lebih 100% modal.. so, lepas ni kena study harga market baru nak menjual..
4. dan banyak lagi ilmu...
Ilmu-ilmu ustaz banyak dikongsi di laman webnya,
www.zaharuddin.net. banyak isu-isu terkini yang dibincangkan di situ... aku aim nak beli buku tulisannya pasal Kewangan ISLAM. insyaAllah.
p/s : rupanya, banyak sumber rezeki kita tak perasan asalnya
diragui.. semoga Allah melindungi kita sama-sama..