Monday, August 16, 2010

berita kehilangan..

semalam terima 2 berita kehilangan yang cukup menyedihkan.. tak tertahan air mata mendengarnya.. inilah dialog berlaku..

rakan: Ida, you ajar kelas DKE3C?
aku : Haah.
rakan: Mohd Safwan..
aku : (mencelah).. ha, kenapa dengan dia, tak datang ke? (rakan adalah penasihat akademik dia)
rakan: dia dah meninggal jumaat..

Ha!

aku:eh, dia dtg kelas i jumaat tu.. (tak percaya, sebab top student tu ada masa kelas praktikal aku, salah orang kot)
rakan: dia meninggal kul 3 petang, accident.. (sambil tunjuk kad pelajar budak tu)

Ya Allah! air mata tak tertanggung lepas tu, dengan kawan aku tu.. aku menitis air mata. Sedih, terkejut. Rasa macam baru jumpa je dia.. Rupanya kelas aku adalah KELAS TERAKHIR yang dia pergi. kelas aku habis kul 12 tengahari.

dia sangat aku admire sebab sangat menyerlah dalam kelas..minggu lepas, dalam kelas teori dia dapat Bonus Mark yang aku offer sebab jawab soalan.. kelas praktikal plak, jadi pelajar pertama siap Test yang aku buat.. dan dia minta izin aku balik awal.. dan rupanya itulah saat TERAKHIR aku jumpa dia.

dengar kabar, ayahnya dah takde, ibunya sedang buat Umrah. jika aku yang baru jumpa dia 9 minggu yang lepas terasa kehilangan, macamana plak dengan ibu dan family dia, kawan-kawan..

first time aku mengajar selama 5 tahun ni, ada student yang sedang aku ajar meninggal. baru umur awal 20an. Insaf. Allah boleh ambil kita bila-bila masa.

berita kehilangan ke 2:
my best fren baru miscarriage, my ofismate. umur kandungan tak masuk 3 lagi rasanya. semoga tabah, my frend.

Ya Allah, andai Kau uji aku dengan ujian2 ini kelak, tabahkan hatiku menerimanya. Cucuri roh Muhammad Safwan bin Umar, studentku ini.. moga Kau golongkan dia bersama orang yang beriman.

p/s:terima kasih Safwan kerana pernah hadir menceriakan kelas saya..semoga tenang di sana..

Sunday, August 15, 2010

pesanan ustaz..

semalam, masa nk tido ada ulangan siaran Tanyala Ustaz di TV9. giliran ustaz zaharudin bercerita tentang kewangan islam.. rupanya banyak sangat ilmu yang selama ni aku tak tahu, ustaz bgtau..

walaupun sudah mencecah satu pagi (yg esoknya nak bersahur..), ku gagahkan mata utk tengok gak.. antara perbincangannya adalah:

1. dividen KWSP kita tak sepenuhnya halal, telah diakui oleh orang besarnya.. secara AKADEMIKnya ustaz bgtau, kita bertanggungjawab tanya dekat pihak KWSP berapa bahagian yang tak halal, dan sedekahnya kepada faqir miskin.

2. Kita ada mengamalkan riba tanpa kita sedari.. KAD KREDIT. Biasanya Kad Kredit bank konvensional ada caj interest (itula riba).

- ada juga yang tanya, kalau kita guna kad kredit tu, pastu kita bayar terus sebelum kena caj camne? ustaz ulas, masih lagi HARAM, sebab kita masih menyumbang kepada syarikat tu.
(balasan riba di akhirat DAHSYAT juga.. takut dengar ustaz bgtau, selama ni tak tahu pun, walau sekecil RM0.20 pun still riba..)

3. Kita boleh kenakan caj lebih 100% dari modal jualan (ni kalau org berniaga), contoh kalau kita beli barang harga RM1.00, jual balik Rm2.00.. DENGAN SYARAT, harga jualan tu adalah HARGA PASARAN.

-tak tahu plak benda ni, yang aku pegang takleh jual lebih 100% modal.. so, lepas ni kena study harga market baru nak menjual..

4. dan banyak lagi ilmu...

Ilmu-ilmu ustaz banyak dikongsi di laman webnya, www.zaharuddin.net. banyak isu-isu terkini yang dibincangkan di situ... aku aim nak beli buku tulisannya pasal Kewangan ISLAM. insyaAllah.

p/s : rupanya, banyak sumber rezeki kita tak perasan asalnya diragui.. semoga Allah melindungi kita sama-sama..

Thursday, August 12, 2010

jom masak untuk berbuka..

my faveret activity are back. cooking! yeeha.
plan nak masak dari tengahari lagi, so, sebelum balik umah, dah siap solat asar.. punch card awal, sbb kena amik anak lagi.. mengharung jam.. sebab semua nak balik awal..

lagi menambah semangat sbb ada corningware baru.. beli masa offer parkson. RM499 untuk 4 biji (murah tak?).. apa lagi.. berhempas pulas memasak..

kesannya, lepas berbuka.. dah melepek tido, tak leh buka mata.. (padan muka)
lauk 1 : kubis goreng kicap


lauk 2: udang goreng masak sambal kering

lauk 3: ayam masak kicap (plus atas corningware baru..hehe)

p/s : petang ni nak masak apa ye? hehe

Wednesday, August 11, 2010

Harga dah naik..

Alhamdulillah, semalam Allah telah permudahkan aku untuk menjalani ibadah puasa hari pertama. Alhamdulillah.. Alhamdulillah.

Bila tiba waktu berbuka, aku seperti yang lain, tak sabar nak ke bazar.. membeli sebarang dua juadah berbuka. bazar kat beserah ni memang best, macam2 kuih ada..punya la ramai orang.

tapi sebenarnya harga makanan dah naik. semalam beli:
  • lauk patin tempoyak besar tiga jari : RM4.00 sekeping
  • ayam percik besar tapak tangan : RM4.50
  • agar-agar biasa : 3 seringgit
huh, bila husband tanya nak beli sayur tak, aku terus jawab..
"tak pela, ibu goreng je sayur kat umah". ntah berapa ringgit plak untuk sayur seciput..

balik dari bazar, aku goreng bayam merah secekak (beli mentah pun baru seringgit lebih), 10minit dah siap..boleh makan 2 kali.. berbuka dan sahur. itupun ada lebih.

so, untuk hari ini aku rasa nak suruh husband beli kuih-muih je.. nak masak lauk. setakat satu lauk, boleh la beli. kat sini harga makanan dah naik, kat tempat lain camne ye. dengar berita tadi, kalau kat KL (spesifik bazar kampung baru) air minum tak dapat RM1.00, dah selaras RM1.50. huh! *sigh*

Tuesday, August 10, 2010

Ramadan yang ditunggu..

Ramadan menjelang lagi.
Kali ini agak berbeza sebab masih dalam keadaan memulihkan diri dari mabuk pregnant.
Ya Allah, moga kuat kali ini menghadapi Ramadan.

Malam ini suami ke surau untuk solat terawikh, Alhamdulillah..baju Melayu simpanannya terguna juga selain hari raya.. Aku pesan kat suami supaya doakanku sekali, moga pengorbanan menjaga anak ini ditinjau jua olehNya.. rindu pada solat terawikh.

Azamku tahun ini tidak banyak, cukupla bacaan Quranku melebihi Ramadan yang dulu, serta solat sunat malam yang istiqamah. InsyaAllah.

Mak mertua tersayang ada bekalkan beberapa makanan kering utk tambahan bagi sahur, memandangkan aku pun tak jamin boleh sentiasa larat untuk masak dengan keadaan yang tidak mengizinkan..
Terima kasih mak atas bekal-bekal ini..kentang goreng + tempe + ikan bilis + kacang berlada

serunding ikan , sambal ikan bilis+belimbing hitam kering

dan yang ini beli sendiri
.
.
.
.
alternative terbaik untuk sahur..

Monday, August 9, 2010

meh blajar buat carta yg cantik.

comel tak carta warna warni ala2 3D..?ada satu tool membuat carta free yang menarik dan cantik.
dan ia online..

nama laman webnya : bubbl.us

yang disukainya adalah kerana tak payah nak register apa2.. terus boleh guna.
apa lagi jomlah cuba..

bleh save as image..

p/s : tengah exxplore courselab..

Monday, August 2, 2010

Rules at office.

semalam merajinkan diri ke library, nak cari buku untuk research. terjumpa buku yang agak menarik.

tajuknya: "101 common sense rules for the office" by John Brinkerhoff.

buku tips yang baik bagi cara 'survive' office. antara rules yang menarik..

Rule 1: Know Who Your Bos Is

Rule 2: Don't Surprise the Boss
* sentiasa memaklumkan perkembangan semasa, tugasan.
:
Rule 12: Be at Home in Your Office
* Mengemas tempat seakan di rumah

Rule 15:Don't Have a Messy Desktop - Anytime
* Ni memang kelemahanku..must be improve

Rule 26: Keep Good Files
* Ni satu lagi yang aku ada masalah, sistem pemfailan yang berterabur

Rule 49: Use Lunchtime to Network
* betul, masa ni la kita nak bersosial

Rule 50: Listen to Gossip
* kata penulis buku ni: "A gossip is just a way to satisfy curiosity about other human beings in the office". Quite agree! thats how we know who our boss and colleagues. jgn mencari gosip plak.

Rule 51: Don't Spread Gossip
* yang ni backup kepada Rule 50. Dah dengar tu, udah2 le. just keep it shut.

Rule 53: Plan Your Career.
* ini akan menambahkan motivasi bekerja

Rule 70: Start Something.
* something good.. mesti ada inisiatif, bukan tunggu kerja aje.

Rule 71: Do the right thing carefully.
* kalau kita buat baik, jarang orang ingat.. so, jangan buat sambil lewa sebab silap sikit..sampai bila2 orang ingat. (pengalaman sendiri)

Rule 82: Maintain a sense of Humor
* boleh la buat lawak 2, 3 kerat

Rule 83: Dont make an Enemy Unintentionally.
* beware..

Rule 99: Stop Complaining
* peringatan untuk diri sendiri juga

Rule 101:Remember what are you trying to do
* FOKUS!!

buku best. Niat di hati nak baca semua explaination in all Rules, tapi masa tak mengizinkan. Kalau tak dapat semua, sikit pun jadila.. semoga tips berguna ini dapat dipraktikkan..

kalau ada masa, silala cari buku ini di kedai2 buku atau perpustakaan.

Sunday, August 1, 2010

new look.

"hensem tak saya?"

arif's new look

sekali tengok cam hensem..2 kali tengok cam sakit je, sebab tak cukup rambut. tak baik betul. hehe. abah arif ada beli hair clipper baru, test kat arif. arif sangat baik masa rambutnya dicukur. tak nangis pun macam abang dia. beza betul. afiq sampai sekarang tak berani potong rambut, walaupun rambut dia 2 kali ganda lebih tebal dari arif. kalau nak potong, kena potong dalam toilet, sebab dia geli setiap kali rambut jatuh kat leher.. gatal katanya. kena terus basuh dengan air. leceh betul.

my condition

my condition seems better. first try masak nasi lepas lebih sebulan tak leh masuk dapur sebab mabuk..everything bau busuk..especially bau masakan. dinner tadi, masak rebus sayur..mak dari jengka ada kirim sambal kering belimbing hitam (pergh.. sedap gile).huh!rindu nak masak.

everything dalam freezer yg dah lama tak terusik, terus dibuang. letak benda baru. menjelang bulan puasa ni, kena get ready dengan bahan mentah..expecially untuk sahur. harap2 tak mabuk la bulan puasa ni. insyaAllah.

office matter

lately, macam agak gembira ke ofis. a few days ago, ada konflik sikit ngan bos.. ada la tekanan tak terbendung. atas nasihat rakan sekerja dan diiringi doa, aku beranikan diri jumpa bos, meluahkan dengan baik (maybe..) ketidakpuashatianku atas beberapa perkara. perbincangan menghasilkan impak positif.. sekurang-kurangnya aku tak sakit hati lagi, ketegangan dapat dileraikan. Alhamdulillah dengan pertolongan Allah melalui buku "Hebat di Pejabat", aku dapat tips2 yang hebat.

harap2 boleh menghadapi cubaan2 yang mendatang dengan lebih baik.

Sunday, July 25, 2010

bestnya dapat balik umah mak kita..

masjid shah alam (amik dari FB adik)

memang tak bleh nak bayang betapa bestnya bila sebulan sekali dapat balik umah ibu..
dengan mengabaikan tekak yang sentiasa loya, digagahkan balik ke KL walau 4 jam perjalanan.

destinasi husband ke KL tak lain tak bukan.. sogo dan jusco. tak kisahla.. asalkan dia nak balik KL. punyala tunggu sebulan lebih, nak cari sabtu yang free (dr aktiviti sekolah suami).. akhirnya dapat juga.

jumaat malam dah bertolak, tapi lambat sampai..sebab berhenti banyak kali. suami mengantuk. keselamatan perlu diutamakan.

pagi sabtu, tak sempat menatap muka mak ayah, kul 10pg dah angkut ayah dan kakak ke sogo. nasib afiq tanak ikut. itupun dah lelah mengusung arif..mengekor abahnya shopping. aku makan angin je. tak dapat nak bershopping dengan selesa. takpela, asalkan anak ngan abah dapat baju, aku takpe, beli siap je.

balik dari sogo, gi masjid shah alam. ada wedding jiran. (buat kat masjid tu..). beza betul masjid shah alam, dulu aku sampai ke masjid tu pun, sebab ada rombongan sekolah.. sekarang ni, dah ada gerai. sempat aku 'rembat' 2 tudung syria labuh. tukar imej. hak hak.

kesimpulannya. balik KL memang best kalau banyak duit sebab balik umah mak kita..tapi, yang susahnya.. sebulan sekali tak tentu dapat balik. ibu pesan, jgn paksa suami balik umah ibu.. kalau dia tanak, ikut je..dgr ckp dia (sob..sob..)

p/s husband tetinggal benda penting kat KL, (jom balik KL lagi bang..hehe)

Tuesday, July 20, 2010

Dah buat buku pink.

sangat rasa berat nak ke klinik untuk buat buku pink bagi ibu mengandung.
sebab sangat lama untuk buka buku baru.

stat kena cek 8.26 pagi, abis 2 jam kemudian. itu belum cek gigi ngan jumpa doktor.
huh, selasa depan kena gi lagi.

listed are the new info for me:

  • berat : 48kg - ada naik sket
  • HB : 14.2 - nurse kata OK
  • usia kandungan: 10 minggu 5 hari
  • expected due date: 14 februari. senang nak ingat kan?

as expected.. kena bebel dengan senior nurse tu sebab anak sebelum ni tak sampai umur 2 tahun lagi. so what? diamkan aje, mentally prepared. tak tertekan pun.

apa lagi nak cite.
hm. arif dah setahun (30 jun lepas).

sangat tidak beria untuk bercerita kerana sedang dalam mabuk's time.
cepatla berlalu.

ok. chow!