Wednesday, January 7, 2009

Camne nak tanya pelajar..?

Minggu depan, aku dah nak exam. esok dah start ujian akhir satu subjek.. Subjek Kaedah Mengajar. 30 soalan objektif. Tak baca pun lagi, tapi kat sini nak kongsi sedikit ilmu yang aku baca untuk final, khas untuk para pendidik sekalian.

PRINSIP MENYEDIA DAN MENGGUNAKAN SOALAN


¡ Aras soalan harus sesuai dengan latar belakang murid – peringkat umur, kebolehan, pengalaman

¡ Soalan harus dirancang sebelum mengajar

¡ Perkataan, istilah dan intonasi harus mudah difahami oleh murid

¡ Pelbagaikan soalan dari masa ke masa bagi menarik minat

¡ Soalan harus boleh mendorong murid berfikir

¡ Soalan haruslah ringkas, tepat dan jelas

¡ Ikut tertib/prosedur penyoalan iaitu guru mengemukakan solan, berhenti sebentar (memberi masa murid berfikir), guru menyebut nama sebelum murid tersebut menjawab.

¡ Tujukan soalan kepada seluruh kelas dengan jelas dan lantang (bukan segelintir murid cerdas) dan pastikan semua mendengar dan memahami kehendak soalan. Kemudian tujukan soalan kepada sesaorang murid.

¡ Guru boleh mengulangi soalan jika ada murid yang tidak dengar/faham.

¡ Guru boleh meminta murid lain menambah jawapan atau membetulkan jawapan yang salah atau kurang tepat

¡ Sebut nama murid ketika menyoal. Jangan menyoal secara umum

¡ Elakkan jawapan yang diberi secara beramai-ramai

¡ Beri pujian jika jawapan betul dan bernas dan betulkan jawapan yang salah/kurang tepat


0 comments: